Nuffnang Ads

Tuesday, January 12, 2010

Kenapa Rezeki Saya Kurang...

Salam Untuk Semua,

Hari ini saya ingin berkonsi kisah yang agak serius. Mengapa kita Senang nak Susah & Susah nak Senang..

Begini Ceritanya,

Dulu, dengan gaji yang kecik, semuanya cukup, makan cukup, hutang kurang (atau x de langsung), masalah pun kurang la jugak, atau dalam erti kata lain, duit itu mencukupi bagi kita…

Tapi makin lama, bila kita mula memajukan diri di dalam kerjaya kita (dinaikan pangkat, gaji besar, kerja lebih mudah) kita terlupa pada kesusahan yang dulu…

Dulu, masa duit x berapa nak banyak (sebab gaji ciput), boleh peruntukan sedikit daipada gaji yang sedikit untuk membantu orang yang lebih memerlukan (derma, sedekah, bantu orang lain). Tuhan itu Maha Kaya, lebih banyak kita Memberi, tanpa kita sedar Lebih banyak yang kita telah terima…

Saya telah melalui pengalaman itu….

Kurang dari 4 tahun, gaji telah pun berganda… tapi peliknya, hutang makin banyak, duit makin x cukup… dah lama pikir2… sampai dapat satu email… sedarkan saya kembali… mengapa ini terjadi…

Gaji Besar, Pangkat Besar, tidak bermakna kita semakin Senang… Bila Hutang makin bertambah, Gaji X pernah Cukup… Mungkin kita sebenarnya yang terlupa… Terlupa untuk bersyukur…. Terlupa bahawa dalam pendapatan kita, ada rezeki orang lain yang kita telah gunakan… Saya tersedar, Ini semua mungkin terjadi disebabkan Saya telah Kurang membantu orang… Kurang Bersedekah, Kurang Memberi Derma… Lalu, Semakin Kurang Kita Memberi, Semakin Kurang kita Menerima…

Kesimpulannya,

Lebih Memberi = Lebih Menerima
Kurang Memberi = Kurang Menerima

Ianya adalah benar untuk diri Saya… Bagaimana pula dengan anda di luar sana.. Kongsikan pengalaman anda…  Mungkin boleh menjadi iktibar dan pedoman bagi sahabat2 kita di luar sana

Tabung Ayam Anakku