Nuffnang Ads

Monday, September 17, 2012

iPhone 5s Price in Malaysia

Harga iPhone 5 di Malaysia?



Unlocked iPhone 5 Price: $649 (16GB), $749 (32GB) and $849 (64GB).
With a two-year contract, iphone 5  Price: $199 (16GB), $299 (32GB) and $399 (64GB).
Canada
iPhone 5 Price: C$699 (16GB), C$799 (32GB) and C$899 (64GB).
United Kingdom
iPhone 5 Price: £529 (16GB), £599 (32GB) and £699 (64GB).

sumber dari http://www.iphone5price.org/

Convert ke duit malaysia (based on UK Price)

iPhone 5
RM 2607  (16GB)
RM 2952  (32GB)
RM3445   (64GB).


Kalau harga contract 2 tahun (yang nie x applicable kat malaysia nih)

RM 981    (16GB)
RM 1473  (32GB)
RM 1966  (64GB).


Humang aih, x termasuk kos cukai dan pengangkutan lagi nie.. huhuhu..Ini baru ANGGARAN HARGA Ajer.. kita tunggu annoucement secara rasmi kat malaysia nanti.. :)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Perbezaan iPhone 5S dan iPhone 4s?


camera
Explicitly less shutter lag 0.24s vs 0.4s 0.16s less shutter lag. How long does the camera need to take a photo without having to focus
Measurably less startup delay 0.84 vs 1.4 0.56 less startup delay
Can create panoramas in-camera Yes vs No Device allows taking multiple photos capturing different parts of the scene and then stitch them together into a single photo.
Significantly more megapixel (photo, front camera) 1.2 vs 0.3 4x more megapixel (photo, front camera)
Has a dedicated camera button Yes vs No A dedicated camera button lets you taking snapshots more easily
Has manual iso Yes vs No This allows to manually set the ISO level.
cpu
Faster CPU clock speed 2x 1.0Ghz vs 2x 0.8Ghz 25% faster CPU clock speed
Notably smaller semiconductor size/newer CPU 32nm vs 45nm 28% smaller semiconductor size/newer CPU
physical
Lots lighter 114.0g vs 140.0g 26.0g lighter
73%
A thing less body volume 55.1cm³ vs 60.6cm³ 9% less body volume
96%
Lotsa thinner 7.6mm vs 9.3mm 1.7mm thinner
97%
os
Has free navigation software Yes vs No Free navigation software with free map data and updates included, no need to buy an dedicated navigation device
recording
Has three microphones Yes vs No Three microphones filter out background noises and improves sound quality better than just one or two microphones.
screen
Significantly higher screen resolution 640 x 1136 px vs 640 x 960 px 19% higher screen resolution
Bigger screen size 4.0" vs 3.5" 14% bigger screen size
connectivity
Explicitly faster downloads 100.0MBits/s vs 14.4MBits/s 6.9x faster downloads
83%
memory
A deal more RAM memory 1.0GB vs 0.5GB 0.5gb more RAM memory

Comparison from http://versusio.com/en/apple-iphone-5-64gb-vs-apple-iphone-4s-64gb

Image from http://www.itechwhiz.com/2012/09/iphone5-vs-4s-features-specs-price-comparison.html

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

iOS 6

iOS 6 gives you more features to make the things you do every day even better. It’s free and easy to upgrade wirelessly on your iPhone, iPad, or iPod touch.

Berapa Angaran Bulanan Untuk Sebuah Kereta Baru?

Salam semua..

Rasanya masa sekarang ni, bagi mereka yang kurang merancang perbelanjaan, mesti tertunggu tunggu hujung bulan atau pun bila la gaji nak masuk.. Tapi cerita saya hari ini adalah mengenai kereta. Kereta mana yang menjadi pilihan kalbu. Sesuai untuk dibaca oleh golongan yang baru nak mula bekerja ataupun mereka yang sedang bercadang menambah kenderaan anda.. Sebagai renungan dan perkongsian bersama..

Bila bercakap mengenai mod pengangkutan, rasanya ramai di antara kita sudah ataupun sedang becadang memiliki kereta. Tapi, adakah kita tahu setakat mana kemampuan kita dalam memiliki kereta? Perkara perkara yang perlu kita pertimbangkan sebelum memiliki kereta adalah seperti berikut:

  1. Bayaran ansuran bulanan
  2. Kos servis setahun @ 3 bulan sekali (Servis Biasa)
  3. Kos insurans / Cukai Jalan
  4. Servis Major / Tayar / Lain2
Biasanya, bila kita sedang mempertimbangkan sama ada kita mampu membeli kereta, kita hanya melihat pada angka ansuran bulanan yang mampu kita bayar. Selain dari itu, kita akan cuba sedaya upaya untuk mengambil tempoh pinjaman terpanjang supaya kita dapat merasakan bahawa pendapatan kita adalah lebih dari mampu untuk memiliki kereta idaman kita.

Saya mencadangkan tempoh yang sesuai untuk membuat perjanjian sewa beli kenderaan adalah diantara 5-7 tahun sahaja. Ini kerana selepas tempoh tersebut, kita akan mula melihat atau mencari kereta lain untuk diguna pakai..

Sebagai Contoh, mari kita lihat dibawah pengiraan berapakah bayaran bulan yang perlu kita sediakan sebenarnya..

Jenis Kereta : Saga FLX 1.3 Executive (M)

Harga Semasa Kenderaan : RM 42, 161

1) Bayaran ansuran bulanan

Pinjaman Sewa Beli = 90% X Harga Semasa Kenderaan (10% adalah downpayment kereta)

Tempoh Pinjaman = 7 Tahun @ 3.00% Faedah Setahun

Ansuran Bulanan :   (Pinjaman Sewa Beli X 3% Faedah X 7 Tahun ) + (Pinjaman Sewa Beli)
                                                                          12 X 7 Tahun


                         =  RM 546.00

2)  Kos servis setahun @ 3 bulan sekali (Servis Biasa)

Kebiasaannya, kos servis biasa adalah merangkumi engine oil (minyak hitam), oil filiter dan kos upah. Jumlah kos keseluruhan servis biasa adalah diantara RM 100 - RM 200 bagi kereta ini (nilai servis adalah bergantung pada jenis minyak dan jenis kereta yang digunakan). Mari kita ambil servis kereta ini pada harga yang paling rendah @ RM 100

Kos servis Biasa = RM 100 x 4 kali setahun (3 bulan sekali)
                          = RM 400.00

3) Kos insurans / Cukai Jalan

Nilai Sum insured = RM 36,000 (Jumlah pinjaman kita adalah RM 37,944.90)

NCD = 25 %

Insurans Premium = RM 861.40

Cukai Jalan = RM 70.00

Jumlah Semua = RM931.40


4) Servis Major / Tayar / Lain2

Untuk Memudahkan semua saya ambil nila Servis Major / Tayar / Lain2 adalah RM 400.00


Kira2 Bermula
Setelah memastikan kesemua perkara di atas telah diambil kira, mari kita lihat apakah nilai yang perlu kita sediakan untuk kereta berikut..

Jumlah peruntukan sebenar bagi menggunakan kenderaan di atas untuk satu tahun :

 RM (546.00 x12 bulan) + RM 400.00 + 931.40 + RM 400.00

= RM 8283.40 / Tahun

= RM 690 / bulan tidak termasuk kos petrol anda :)

Jika anda lihat kos di atas, nilainya adalah 26 % peratus lebih tinggi dari jumlah peruntukan ansuran bulanan kenderaan kita. Kebiasaanya, kita akan mengalami keadaan dimana kita tidak cukup duit / lari budget apabila perkara-perkara di atas tidak diambil kira semasa kita ingin membeli kenderaan.

Jadi, tepuk poket dan rancanglah kewangan anda. Saya harap kita dapat berkongsi di laman ini dan menjadikan kita lebih ber"wang" dimasa hadapan..

p/s: Nak tahu macam mana saya buat kira-kira ni? Meh tengok kalkultor yang saya guna pakai DISINI.




Tabung Ayam Anakku