Nuffnang Ads

Showing posts with label perancangan. Show all posts
Showing posts with label perancangan. Show all posts

Wednesday, August 24, 2011

Tips Balik Kampung Dan Beraya



Kepada sesiapa yang akan balik ke kampung untuk beraya dan juga hendak pergi beraya, sila pastikan:

Pastikan keadaan kenderaan anda selamat digunakan.

Pastikan suis-suis elektrik dirumah anda telah di matikan.

Periksa dapur gas anda sebelum balik ke kampung atau pergi beraya.

Pesan jiran-jiran yang berhampiran, kalau boleh buat pesanan kepada balai polis yang terdekat.

Rehat sebentar jika rasa letih atau mengantuk semasa memandu.

Buka lampu kereta, jika keadaan gelap, hujan lebat atau kabus tebal semasa bailk ke kampung atau pergi beraya.

Tuesday, August 23, 2011

Rancang Perjalanan Balik Kampung

Kepada sesiapa yang nak balik raya nanti, jangan lupa rancang perjalanan anda.. Terutamanya yang nak balik ke Utara. PLUS sekarang tengah upgrade jalan di kawasan sungai perak dari 2-lane bridge ke 3-lane bridge.

Memetik kata-kata CEO PLUS Expressway Tajul Azwa Bani Hashim, dari suratkhabar THE STAR Online.

“Perhaps, they can exit at an earlier interchange in order to avoid the congestion where upgrading work is being carried out,’

Jadi, pastikan anda tahu kawasan mana yang sedang dinaiktaraf walaupun katanya kerja2 naik taraf ini akan siap sebelum Hari Raya Puasa. Kita sebagai pengguna telah digula-gulakan dengan toll rebate sebanyak 20% (rujuk sini) . Tapi kalau tersangkut dalam traffic jem kat atas highway, baik x payah bayar langsung.. betul tak? Hehehe..

Kita nantikan pengumuman dari PLUS mengenai kerja2 naik taraf ini. Oh, dan juga jadual perjalanan balik yang akan dicadangkan oleh PLUS nanti.

Tabung Ayam Anakku