Nuffnang Ads

Showing posts with label Hari Raya. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya. Show all posts

Friday, August 26, 2011

Cadangan Jadual Perjalanan Balik Kampung Dari Plus 2011

Salam Semua,


Di bawah adalah Jadual Perjalanan Dari Pihak PLUS untuk Pulang Berhari Raya


Jadual Untuk Balik Ke Kampung 2011Nanti 
Nanti aku update lagi.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Jadual balik Lepas Abis Raya

Wednesday, August 24, 2011

Tips Balik Kampung Dan Beraya



Kepada sesiapa yang akan balik ke kampung untuk beraya dan juga hendak pergi beraya, sila pastikan:

Pastikan keadaan kenderaan anda selamat digunakan.

Pastikan suis-suis elektrik dirumah anda telah di matikan.

Periksa dapur gas anda sebelum balik ke kampung atau pergi beraya.

Pesan jiran-jiran yang berhampiran, kalau boleh buat pesanan kepada balai polis yang terdekat.

Rehat sebentar jika rasa letih atau mengantuk semasa memandu.

Buka lampu kereta, jika keadaan gelap, hujan lebat atau kabus tebal semasa bailk ke kampung atau pergi beraya.

Tuesday, August 23, 2011

Rancang Perjalanan Balik Kampung

Kepada sesiapa yang nak balik raya nanti, jangan lupa rancang perjalanan anda.. Terutamanya yang nak balik ke Utara. PLUS sekarang tengah upgrade jalan di kawasan sungai perak dari 2-lane bridge ke 3-lane bridge.

Memetik kata-kata CEO PLUS Expressway Tajul Azwa Bani Hashim, dari suratkhabar THE STAR Online.

“Perhaps, they can exit at an earlier interchange in order to avoid the congestion where upgrading work is being carried out,’

Jadi, pastikan anda tahu kawasan mana yang sedang dinaiktaraf walaupun katanya kerja2 naik taraf ini akan siap sebelum Hari Raya Puasa. Kita sebagai pengguna telah digula-gulakan dengan toll rebate sebanyak 20% (rujuk sini) . Tapi kalau tersangkut dalam traffic jem kat atas highway, baik x payah bayar langsung.. betul tak? Hehehe..

Kita nantikan pengumuman dari PLUS mengenai kerja2 naik taraf ini. Oh, dan juga jadual perjalanan balik yang akan dicadangkan oleh PLUS nanti.

Tuesday, August 16, 2011

Tips Bahagikan Bonus Raya Kakitangan Kerajaan 2011



Bonus raya bagi kakitangan kerajaan dah masuk. Agak2 aper yang nak dibuat dengan duit bonus nie yea. Adakah seperti dibawah?

  1. Beli baju raya lebih sikit
  2. Boleh tambah kuih raya
  3. Tukar perabot / barangan elektrik / henpon
  4. Spare buat belanja hari raya
Tak salah nak belanja duit bonus nie, tapi kalau perkara2 dibawah juga termasuk dalam senarai, mungkin lebih manis.. yer laa, bonus nie kira pendapatan di luar jangka.. sepatutnya x termasuk dalam sumber pendapatan.. Mungkin boleh pecah2kan bonus tue macam kat bawah nie.

Thursday, August 11, 2011

Layakkah Anda Pakai Kad Kredit

Berita dulu2. Mungkinkah Sejarah akan berulang?
Salam untuk semua.

Dah lama rasanya saya tak tulis artikel yang agak serius dan berkisar mengenai pengurusan wang. Artikel kali ini adalah untuk menilai sama ada kita layak ataupun tidak untuk memiliki kad kredit. Tapi, sebelum itu, jika ada orang yang bertanya (dalam hati atau dalam kepala anda sendiri), bukankah bank dah mengesahkan bahawa saya layak untuk menggunakan kad kredit, saya ingin maklumkan kepada anda bahawa artikel ini bukan bermaksud dari segi 'kelayakan' anda sebab majoriti yang membaca artikel ini pastinya sudahpun memiliki kad kredit dan hanya tertanya2 sama ada anda sememangnya layak atau tidak.

Mari kita teruskan.

Friday, August 5, 2011

KEPALSUAN HADIS KELEBIHAN TARAWIH

Artikel Ini saya dapat daripada Mat Rock dari Respek Groups (Yahoo)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata'ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya. 


Sejak beberapa thn kebelakangan ini satu hadis ttg kelebihan tarawikh pd mlm2 ramadhan telah tersebar dgn meluas sekali. Media-media elektronik, cetak serta media massa turut sama memainkan peranan mrk menyebarkannya dgn harapan semoga mrk dpt saham dlm usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dlm bln yg diberkati itu. Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yg agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yg sebhgn darinya adalah spt berikut : "Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bhw Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dgn fadhilat sembahyang tarawih pd bln Ramadhan antaranya: · Malam Pertama: Keluar dosa-dosa org mukmin pd mlm pertama spt mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala). 
· Malam Keempat: Mendpt pahala sebagaimana pahala org2 yg membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran. 

Wednesday, July 27, 2011

Pendapatan Dari Perniagaan Sambilan Untuk Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Ramai terpedaya dengan taktik ini

Salam untuk semua. Artikel saya pada hari ini adalah mengenai menguruskan pendapatan sampingan ataupun sambilan sempena sambutan bulan Ramadan dan seterusnya sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menyusul.

Kebanyakkan dari kita semua memilih untuk menjadi peniaga bagi menampung kos sara hidup dan juga kos tambahan bagi sambutan Hari Raya nanti. Pelbagai jenis perniagaan dijalankan, dan sudah pasti yang menjadi pilihan kebanyakkan orang ramai adalah menjual Kuih Raya dan yang seumpamanya seperti kek, kerepek, keropok dan pelbagai lagi. Kesemuanya yang berkaitan dengan bisnes akan dipertimbangkan.

Tidak kurang juga yang memasarkan pakaian samada untuk orang dewasa dan kanak kanak. Bagi mereka yang sudah memulakan kerja sambilan seperti menjadi cikgu tuisyen, menjual barangan kesihatan dan lain-lain lagi, anda juga boleh berkongsi pandangan dan cara bagaimana anda menguruskan/membahagikan masa anda.

Monday, July 18, 2011

Berhenti Merokok, Ramadan dan Hari Raya

Lebih kurang 2 minggu lagi, umat Islam di Malaysia akan menyambut Bulan Ramadan Al Mubarak yang mulia. Pelbagai persediaan telah dan sedang dilakukan untuk hari yang mulia ini.. Iklan2 dan lagu raya sudah pun bermula di pasaraya-pasaraya besar walaupun kita belum lagi memulakan puasa. 

Tak kurang juga pakej @ promosi sempena ramadan sedang mula diedarkan seperti pakej berbuka puasa, pakej barangan rumah secara ansuran dan lain2 lagi.. Tapi jika bercerita tentang persiapan raya, saya harap anda semua dapat membaca tentang perancangan hari raya dan kongsikan di sini sebagai pengajaran dan panduan untuk kita semua..

Pada masa yang sama, saya berharap Kementerian Kesihatan akan mengambil peluang sempena Bulan Puasa yang semakin hampir ini untuk membuat promosi "KEMPEN BERHENTI MEROKOK". Sebagaimana lazimnya, waktu ini adalah waktu puncak di mana perokok-perokok tegar akan mula memasang azam dan niat untuk berhenti merokok seterusnya menjalani hidup yang lebih sihat.. Walaibagaimanapun, saya dimaklum bahawa memang ada kempen dijalankan seperti Nafas Baru Sempena Ramadan, tapi kurangnya promosi kepada perokok itu sendiri menyebabkan kempen ini tidak berhasil..

Contoh2 ketagih rokok lebih kurang macam nie laa.. bila tak dapat rokok,

1 ) Kepala pening-pening ( macam nak demam )
2 ) Letih tak bermaya  .
3 ) Mood hilang - segala macam makneka punya mood  !!
4 ) Hidung berayer - keluar dengan sendiri ...macam taik Pit ( Orang Penang
cakap ) Penagih la .
5 ) Akan dapat demam ...sebelum menjadi ok seperti sedia kala !!! 
(kesan ketagih ini, credit to othman_mat_ali)

Saya dapati ramai mereka di luar sana saban tahun mencuba dan terus mencuba untuk menghentikan tabiat buruk ini tetapi gagal.. Jadi, saya berharap agar anda semua dapat berkongsi tips2 dan nasihat ataupun menceritakan pengalaman anda sendiri demi untuk kebaikan kita semua..

Di bawah ini saya sertakan beberapa tips yang diberikan oleh pembaca sebelum ini.. Mungkin anda semua ada tips2 lain yang lebih @ terbukti berkesan yang dapat di kongsikan di sini..

1.     Teknik Berazam Kuat

  • Hisap maksimum 3 batang sahaja sehari bg miggu pertama (selepas terawih, selepas sahur dan selepas berbuka).
  • Pada minggu kedua, maksimum  2 batang sahaja (selepas tarawih dan selepas berbuka).
  • Minggu ketiga 1 batang sahaja (selepas berbuka) dan minggu akhir (0 - 1/2 btg sahaja selepas berbuka).. 3 hari terakhir ramadan , kita berdoa dan berazam lah  supaya tidak akan menghisap rokok lagi..
  • Teknik ini memerlukan keazaman dan kekuatan mental yang tinggi sebab memang senang sangat gagal kalau azam tak cukup

2.     Ada jugak yg nasihat cara ini.. INGAT ROKOK itu HARAM, HISAP ROKOK MACAM HISAP RACUN.. ~ yg pastinya kaum hawa mmg x suka kat bau rokok nie, tp rasa nya cara susah nak menjadik kot.. :)

3.     Ada yang cakap hisap rokok ini bukan sebab ketagihan, tapi sebab tabiat.. So ubah lah tabiat korang dan jangan beli rokok...

Saya akan update lagi kalau ada tips2 terbaru untuk berhenti merokok... Okay..

Thursday, June 30, 2011

Bila Tiba Hari Raya...

Budget Hari Raya

Berapa kita budget untuk perbelanjaan hari raya?
Jom kita tengok-tengok ape yang bersangkutan dengan hari raya, promosi raya dan budget kita..

Case Study Untuk Laki Bini + Anak 3 Orang (umur 2-10 tahun).. cewahh..

  1. Pakaian Raya (songkok, baju kurung, baju melayu, tudung, etc)
  2. Kuih Raya (dodol, tart, kerepek,etc)
  3. Barangan mentah (ayam, daging, sayur, rempah ratus bagai, etc)
  4. Barangan @ Hiasan Rumah (langsir, cadar, etc)
  5. DUIT RAYA à perghh..(bdk2 kat kg, bdk2 kat umah, anak2, anak sedara, etc)
  6. Petrol + Tol Balik Kampung (kampong laki, kampong bini)
  7. Budget untuk Open House di Rumah Sendiri (makan2 & minum2)
  8. Servis Kereta (minyak hitam, plug, tayar, coolant, etc)
Jenis Perbelanjaan
RM
Pakaian Raya (laki bini + 3 anak)
550
Kuih Raya (sebelah laki = RM100, sebelah bini = RM 100, rumah sendiri =RM 100 )
300
Barangan Mentah
200
Barangan Rumah
500
Duit Raya (bdk2 kat kg + rumah sdiri = RM 300, Anak2 sedara = RM 200, Anak Sendiri = RM150)
650
Petrol + Tol (rumah laki bini  one way)
400
Open House
350
Servis Kereta
400
Total
3350

Tapi Sebab aku rasa cam mahal sangat , aku tukar sikit laa.. mcm kat bawah nie

Tabung Ayam Anakku