Nuffnang Ads

Thursday, June 30, 2011

Bila Tiba Hari Raya...

Budget Hari Raya

Berapa kita budget untuk perbelanjaan hari raya?
Jom kita tengok-tengok ape yang bersangkutan dengan hari raya, promosi raya dan budget kita..

Case Study Untuk Laki Bini + Anak 3 Orang (umur 2-10 tahun).. cewahh..

  1. Pakaian Raya (songkok, baju kurung, baju melayu, tudung, etc)
  2. Kuih Raya (dodol, tart, kerepek,etc)
  3. Barangan mentah (ayam, daging, sayur, rempah ratus bagai, etc)
  4. Barangan @ Hiasan Rumah (langsir, cadar, etc)
  5. DUIT RAYA à perghh..(bdk2 kat kg, bdk2 kat umah, anak2, anak sedara, etc)
  6. Petrol + Tol Balik Kampung (kampong laki, kampong bini)
  7. Budget untuk Open House di Rumah Sendiri (makan2 & minum2)
  8. Servis Kereta (minyak hitam, plug, tayar, coolant, etc)
Jenis Perbelanjaan
RM
Pakaian Raya (laki bini + 3 anak)
550
Kuih Raya (sebelah laki = RM100, sebelah bini = RM 100, rumah sendiri =RM 100 )
300
Barangan Mentah
200
Barangan Rumah
500
Duit Raya (bdk2 kat kg + rumah sdiri = RM 300, Anak2 sedara = RM 200, Anak Sendiri = RM150)
650
Petrol + Tol (rumah laki bini  one way)
400
Open House
350
Servis Kereta
400
Total
3350

Tapi Sebab aku rasa cam mahal sangat , aku tukar sikit laa.. mcm kat bawah nie


Jenis Perbelanjaan
RM
RM
Pakaian Raya (laki bini + 3 anak)
550
400
Kuih Raya (sebelah laki = RM100, sebelah bini = RM 100, rumah sendiri =RM 100 )
300
200
Barangan Mentah
200
150
Barangan Rumah
500
300
Duit Raya (bdk2 kat kg + rumah sdiri = RM 300 150, Anak2 sedara = RM 200 100, Anak Sendiri = RM150 100)
650
350
Petrol + Tol (rumah laki bini  one way)
400
400
Open House
350
200
Servis Kereta
400
300
Total
3350
2300

So, untuk sambutan raya nie, lebih kurang RM2300 nak kena sediakan.. klau nak keluarkan sekali, memang sakit kepala laa..  So, cadangan aku, kita bahagikan kepda 3 @ 4 bulan dahulu supaya x membebankan…

Contoh:- 

June
Simpan RM 700
Julai
Simpan RM 700
Ogos  (bulan Raya)
Total Simpan Raya = RM 1400 + RM 900 dari pendapatan bulan Ogos

Mungkin kalau kita nak selesa, kita mula menyimpan untk hari raya tahun hadapan bermula pada bulan Oktober tahun ini.. Contohnya simpan RM300 sebulan.. Pada bulan August 2012 @ bulan raya, kita dah siap sedia ada RM3000 untuk kegunaan raya… yeay..

Oct-11
300
Nov-11
300
Dec-11
300
Jan-12
300
Feb-12
300
Mar-12
300
Apr-12
300
May-12
300
Jun-12
300
Jul-12
300

Tetapi, sebaik2nya kita jangan membazir @ boros ketika raya… Contoh raya version jimat


Jenis Perbelanjaan
RM
Pakaian Raya (laki bini + 3 anak)
180 (tempah baju awal untuk bini dan anak2, laki x nak baju baru)
Kuih Raya
150 (kurangkan beli kuih raya @ beli ikut kemampuan)
Barangan Mentah
150
Barangan Rumah
- X yah tukar laa.. tunggu hari lain
Duit Raya (bdk2 kat kg + rumah sdiri =  150, Anak2 sedara = RM 100, Anak Sendiri = 100)
350 (ikut la kemampuan, x der duit x payah bagi J)
Petrol + Tol (rumah laki bini  one way)
400
Open House
- x yah buat laa, kita pergi open house rumah orang sudaahh)
Servis Kereta
300
Total
1530

Sebenarnya boleh jimat lagi, tapi x ramai orang yang sanggup buat melainkan mereka yang benar2 x mampu…Jadi bila kita nak beraya sakan (sakan ker??), ingat2 lah pada mereka yang lebih susah @ x mampu langsung untuk memdapatkan keperluan asas seperti, makanan dan pakaian.. apatah lagi memikirkan untuk menyambut hari lebaran seperti kita…

Apa kata kongsikan pendapat @ pengalaman anda menyambut raya dan bagaimana anda membudget kannya disini..

3 comments:

  1. Pakai apa adanya
    Makan apa adanya
    Yg utama amalan di bulan Ramadhan itu diterima

    ReplyDelete
  2. Anom,
    Itu yang terbaik.. saya cuma sekadar berkongsi pandangan.. Agar kita tidak berhutang bilamana menyambut hari raya nanti.. :)

    ReplyDelete
  3. nak lagi jimat, buat kuih raya sendiri, popia mini, kek coklat etc yang simple2...insya allah blh jimat lagi...

    ReplyDelete

Tabung Ayam Anakku