Nuffnang Ads

Monday, June 13, 2011

Kenapa Rezeki Saya Kurang… (Part 2)

Kenapa Rezeki Saya Kurang… (Part 2)

Salam Untuk Semua,
Dah lama saya tak update blog nie. Just nak share beberapa perkara bila saya berkata mengenai rezeki yang kurang ini.

Bagaimana ia menjadi kurang? Bagi yang makan gaji, kalau korang check tengok dalam akaun bank, memang la tak akan kurang duit gaji pun ( lebih mungkin la sebab dapat bonus, naik gaji, dpt duit claim, etc).. Tapi rezeki itu menjadi kurang kerana bertambah perkara-perkara yang tak sepatutnya berlaku.

Contohnya:
1)      Kereta rosak ataupun kemalangan.
2)      Keluarga Sakit (Diri Sendiri, Pasangan, Anak2)
3)      Duit Hilang @ Salah Letak @ Kena Curi.
4)      Kena Buang Kerja @ Diberhentikan Kerja @ Perniagaan Gagal
5)      Dan Lain2 Lagi.. (malas nak pikir, hehehe..)

Ini adalah perkara yang susah untuk kita kawal @ di luar kawalan kita. Dan memburukkan keadaan bila ianya memakan sebahagian besar pendapatan @ gaji kita pada sesuatu bulan yang terjadinya perkara2 ini..

Kurang Memberi = Kurang Menerima

Maksud saya bukan lah kurang menerima dari segi pendapatan bulanan, tapi perbelanjaan bulanan yang meningkat pada perkara2 yang tidak termasuk dalam pengiraan kita yang menjadikan pendapatan kita kurang..
Walaubagaimanapun, perkara2 dibawah adalah tidak termasuk (mungkin masuk sikit2 laa) dalam kategori mengurangkan rezeki kita..
  1. Kena saman dengan Polis @ JPJ @ Majlis Perbandaran
  2. Kena caj melampau dgn kad kredit
  3. Bulan nie kena bayar road tax & insurans
  4. Bulan nie Bulan Raya
  5. Bulan nie sekolah nak bukak
  6. Dan lain2 lagi..

Perkara2 diatas kita boleh merancang dari awal. Jika berkesempatan, saya akan kongsikan disini mengenai perancangan mengenai perkara2 diatas...

Sebagai penutup, Kadang2 benda yang kita fikirkan mustahil berlaku, tetap akan berlaku sama ada kita suka atau pun tidak.. Sebahagian Pendapatan kita yang disedekahkan mungkin dapat meng’cover’kan kehilangan @ kekurangan rezeki kita sendiri..

Renung2kan dan kongsikan la pendapat @ cerita anda disini..

No comments:

Post a Comment

Tabung Ayam Anakku