Rasanya masa sekarang ni, bagi mereka yang kurang merancang perbelanjaan, mesti tertunggu tunggu hujung bulan atau pun bila la gaji nak masuk.. Tapi cerita saya hari ini adalah mengenai kereta. Kereta mana yang menjadi pilihan kalbu. Sesuai untuk dibaca oleh golongan yang baru nak mula bekerja ataupun mereka yang sedang bercadang menambah kenderaan anda.. Sebagai renungan dan perkongsian bersama..
Bila bercakap mengenai mod pengangkutan, rasanya ramai di antara kita sudah ataupun sedang becadang memiliki kereta. Tapi, adakah kita tahu setakat mana kemampuan kita dalam memiliki kereta? Perkara perkara yang perlu kita pertimbangkan sebelum memiliki kereta adalah seperti berikut:
- Bayaran ansuran bulanan
- Kos servis setahun @ 3 bulan sekali (Servis Biasa)
- Kos insurans / Cukai Jalan
- Servis Major / Tayar / Lain2
Saya mencadangkan tempoh yang sesuai untuk membuat perjanjian sewa beli kenderaan adalah diantara 5-7 tahun sahaja. Ini kerana selepas tempoh tersebut, kita akan mula melihat atau mencari kereta lain untuk diguna pakai..
Sebagai Contoh, mari kita lihat dibawah pengiraan berapakah bayaran bulan yang perlu kita sediakan sebenarnya..
Jenis Kereta : Saga FLX 1.3 Executive (M)
Harga Semasa Kenderaan : RM 42, 161
1) Bayaran ansuran bulanan
Pinjaman Sewa Beli = 90% X Harga Semasa Kenderaan (10% adalah downpayment kereta)
Tempoh Pinjaman = 7 Tahun @ 3.00% Faedah Setahun
Ansuran Bulanan : (Pinjaman Sewa Beli X 3% Faedah X 7 Tahun ) + (Pinjaman Sewa Beli)
12 X 7 Tahun
= RM 546.00
2) Kos servis setahun @ 3 bulan sekali (Servis Biasa)
Kebiasaannya, kos servis biasa adalah merangkumi engine oil (minyak hitam), oil filiter dan kos upah. Jumlah kos keseluruhan servis biasa adalah diantara RM 100 - RM 200 bagi kereta ini (nilai servis adalah bergantung pada jenis minyak dan jenis kereta yang digunakan). Mari kita ambil servis kereta ini pada harga yang paling rendah @ RM 100
Kos servis Biasa = RM 100 x 4 kali setahun (3 bulan sekali)
= RM 400.00
3) Kos insurans / Cukai Jalan
Nilai Sum insured = RM 36,000 (Jumlah pinjaman kita adalah RM 37,944.90)
NCD = 25 %
Insurans Premium = RM 861.40
Cukai Jalan = RM 70.00
Jumlah Semua = RM931.40
4) Servis Major / Tayar / Lain2
Untuk Memudahkan semua saya ambil nila Servis Major / Tayar / Lain2 adalah RM 400.00
Kira2 Bermula
Setelah memastikan kesemua perkara di atas telah diambil kira, mari kita lihat apakah nilai yang perlu kita sediakan untuk kereta berikut..
Jumlah peruntukan sebenar bagi menggunakan kenderaan di atas untuk satu tahun :
RM (546.00 x12 bulan) + RM 400.00 + 931.40 + RM 400.00
= RM 8283.40 / Tahun
= RM 690 / bulan tidak termasuk kos petrol anda :)
Jika anda lihat kos di atas, nilainya adalah 26 % peratus lebih tinggi dari jumlah peruntukan ansuran bulanan kenderaan kita. Kebiasaanya, kita akan mengalami keadaan dimana kita tidak cukup duit / lari budget apabila perkara-perkara di atas tidak diambil kira semasa kita ingin membeli kenderaan.
Jadi, tepuk poket dan rancanglah kewangan anda. Saya harap kita dapat berkongsi di laman ini dan menjadikan kita lebih ber"wang" dimasa hadapan..
p/s: Nak tahu macam mana saya buat kira-kira ni? Meh tengok kalkultor yang saya guna pakai DISINI.
No comments:
Post a Comment