Antara isi Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri pada 28 September 2012 adalah seperti berikut.
1. Rebat RM200
secara one-off bagi pembelian telefon pintar mudah alih kepada belia
berumur 21 hingga 30 tahun dengan pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah. (RM300
juta utk 1.5 juta belia)
2. Kakitangan
Awam akan menerima baki Sebulan Gaji , separuh dibayar pada Bulan Disember 2012
dan separuh lagi pada Januari 2013 utk meringankan beban menghadapi musim
persekolahan yang bermula pada Januari 2013. (1.3 Juta Kakitangan Awam)
3. Diskaun 20%
jika menyelesaikan pinjaman PTPTN sekaligus dalam tempoh setahun bermula 1
Oktober 2012 hingga 30 September 2013.Jika membuat pembayaran konsisten
mengikut jadual mulai 1 Oktober 2012, diskau 10% setahun akan diberikan.
4. Pelepasan
cukai untuk ibubapa yang mempunyai anak di IPT dinaikkan dari RM4,000 ke
RM6,000 seorang setahun mulai taksiran 2013.
5. Pelepasan
cukai bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dinaikkan dari RM3,000 ke
RM6,000
6. Pencen
minimum dinaikkan dari RM720 kepada RM820
7. Caj
bayaran pemprosesan pasport untuk tempoh sah laku selama lima tahun bagi warga
emas akan dikurangkan sebanyak 50 peratus daripada RM300 kepada RM150.
8. Caj
bayaran pengurusan pasport untuk tempoh dua tahun dikurangkan kepada RM80.
9. Kriteria
penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diperluas kepada
individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000
sebulan, yang akan menerima bantuan RM250.
10. Seramai
125,708 pegawai dan anggota Angkatan Tentera akan menerima bayaran insentif
khas RM200 sebulan bermula 1 Januari depan.
11. 224,000
anggota tentera yang menamatkan perkhidmatan setelah berkhidmat kurang daripada
21 tahun dan tidak menerima pencen, kerajaan akan memberikan
sumbangan sebanyak RM1,000 secara 'one-off' atau dibayar sekali sahaja kepada
mereka.
12. Subsidi
gula dikurangkan sebanyak 20 sen sekilogram bermula esok (29 September 2012)
13. 50% diskaun bagi tambang KTM Komuter
untuk rakyat Malaysia dengan pendapatan bulanan dibawah RM3,000 dan menggunakan
KTM Komuter sebagai pengangkutan.
Saya akan mengemaskini Bajet 2013 selepas mendapat
fakta2 dan data yang berkaitan nanti.
No comments:
Post a Comment