Salam Ramadhan untuk semua. Lepas baca artikel nie, harap2 tinggalkanlah ucapan selamat hari raya anda di ruangan komen..
Hari ini sudah masuk 10 hari terakhir dalam bulan Ramadhan 2011 ini. Ketika ini, kita semakin sibuk dalam menyediakan kelengkapan untuk menyambut hari raya. Segalanya adalah tentang hari raya. Lagu raya, Kad raya (ada lagi ke?), ucapan hari raya, salam perantau, pantun raya dan lain2 lagi. Semuanya akan berkisar tentang selamat hari raya. Tidak kira di facebook atau youtube, subject mengenai hari raya sedang meningkat dengan tinggi.
Namun, selain dari website facebook dan youtube ini, menjelang hari raya pastinya website2 bank seperti cimbclicks, maybank2u, rhb dan lain2 lagi akan menjadi sasaran juga. Tidak lupa juga website Jabatan Akauntan Negara disebabkan oleh bonus raya 2011 baru baru ini.
Syarikat-syarikat yang menyediakan perkhidmatan jualan perabot dan barangan elektrik, semakin rancak dengan promosi hari raya. Lebih lebih lagi bonus 2011 (bonus raya) untuk kakitangan awam sudahpun masuk dengan selamatnya kedalam akaun bank mereka. Nasihat Saya, belilah secara tunai. Jangan beli secara hutang ataupun ansuran mudah, menyusahkan hidup dan menggalakkan kita hidup diluar kemampuan.
Oleh itu saya harap para kakitangan awam yang mendapat durian runtuh ini membelanjakannya dengan secara yang berhemah. Iyelah, jangan nanti selepas pulang ke kota atau kembali bekerja, semuanya masam mencuka kerana sudah “sangap” sebab terlebih berbelanja. Nasihat saya, asingkan dahulu perbelanjaan untuk selepas raya hingga gaji masuk untuk mengelakkan waktu2 sangap kemudian hari.
Selain itu ketika ini, ramai akan mula membuat kuih raya, biskut raya atau membuat makanan untuk berbuka puasa dan sudah tentu resepi kuih raya dari internet pasti menjadi pilihan. Oh, bercakap mengenai resipi ini, anda mungkin ingin berkunjung ke laman web Dapur Tanpa Sempadan di mana terdapat pelbagai koleksi resepi masakan yang boleh kita gunakan untuk hari raya nanti, ataupun sebagai pilahan untuk berbuka ketika bulan puasa ini.
Pakaian yang menjadi pilihan atau carian utama di internet ketika ini? Pastinya Baju kurung, baju raya, baju kurung moden dan baju melayu. Dan para peniaga pakaian ini akan bersilang tangan macam sotong menerima tempahan kerana terlalu banyak tempahan sampai tak cukup tangan. Harap2 para peniaga ini tidak sewenang2nya mengambil tempahan sehingga tak sempat nak siapkan dan hanya dapat memberikan para pelanggannya baju selepas raya sahaja. Susah2 sangat, cari aje baju raya 3 tahun sudah, adjust2 sikit (tambah labuci ker, adjust kat tangan ker), pastu pakai balik. Hehehe..
Celoteh saya hanya setakat ini. Lagipunsekarang nie tengah mood raya. Namun, saya berharap para pembaca yang budiman sekalian dapat bersederhana dalam menyambut hari raya ini. Jangan lah kita membazir dan berbelanja mengikut nafsu. Kesimpulan saya adalah seperti dibawah.
- Berbelanja Ikut Kemampuan, bukan ikut nafsu.
- Pastikan perbelanjaan untuk selepas Hari Raya telah diasingkan.
- Jangan beli perabot/barangan elektrik secara hutang atau ansuran mudah. Itu tandanya kita tidak mampu tetapi cuba hidup diluar kemampuan.
- Banyak lagi perkara penting seperti perbelanjaan buka sekolah, hal2 kesihatan dan pengangkutan yang perlu kita fikirkan dan masukkan di dalam budget tahun ini, bukan setakat hari raya sahaja.
- Ketika kita sedang sibuk menyiapkan diri menyambut hari raya, masih ada yang sedang berjuang untuk hidup. Lihat sini untuk maklumat lebih lanjut.
- Berhati2 ketika mendapatkan atau membuat persiapan menyambut raya, jangan tergopoh gapah atau cuba mengejar masa, nanti jika kemalangan, apa pun sudah tidak berguna.
- Jangan lupa bayar zakat Fitrah. Ikut internet pun boleh bayar, tau tak…
P/s: Untuk pembeli2 online, mungkin nak join dan kongsikan pengalaman beli belah online anda di Kelab Pembeli Online
No comments:
Post a Comment