Sebelum korang nak teruskan pembacaan, pada siapa yang nak paham konsep MLM, sila rujuk ke website En. Aidid Mu'addib dulu.. Supaya korang tak terpesong atau tersalah erti dengan entry kali ini.. Hari nie baca surat khabar, terperasan satu iklan.. Seperti dibawah..
Apa yang boleh aku katakan.. bila aku baca, aku terus terpikir Woha!.(ikut style kereta mayat) .. So, lepas nie kalau rasa2 nak bukak MLM, boleh ler cari syarikat nie..
Atau kalau nak lagi baik, buat bisnes secara KONVENSIONAL... x payah la buat MLM-MLM nie.. Pada pandangan aku MLM-SP nie lagi banyak menyusahkan orang dari membantu orang.. Untuk sorang berjaya dalam MLM-SP, berpuluh orang terpaksa kerugian.. Kalau x percaya, pergi la lawat blog En. Aidid Mu'addib, dah banyak sangat di bincangkan disana.. terpulanglah pada korang nak buat macam mana..
Owhh, aku anti-mlm? Owh.. mungkin, tapi kalau ada yang dapat mengikut hukum dan tiada penganiyaan kepada orang bawahan, why not? Cuma persoalannya, ada ker? yang nampak banyak, suma cerita pasal kejayaan pergi luar negara, beli kereta baru, rumah baru, (bini baru).. Suma nak bercerita pasal kejayaan, yang gagal, Kenapa?
Owh, mereka yang gagal sebab mereka malas, x nak berusaha.. atau yang sebenarnya, bila mereka dah termasuk, baru perasan yang hati mereka tak cukup kering nak aniaya orang macam mana mereka terkena..
Dan lagi, aku baru perasan, orang yang kaya (berjaya) melalui bisnes konvensional, tak mahu dedahkan rahsia, atau bercerita berapa pendapatan mereka atau kemana mereka pergi atau kereta/rumah baru yang dibeli.. cuma orang sekeliling mereka yang sibuk nak bagitau.. tapi, Kalau orang yang berjaya melalui perniagaan MLM, habis digebang pada semua orang, KENAPA?
Sebab mereka memerlukan orang mengikut atau menjadi ahli mereka.. KEJAYAAN orang yang membuat perniagaan MLM bukan pada barangan yang dijual tetapi pada keupayaan mereka untuk MEREKRUT ahli baru sahaja.. sebab tue ramai yang tayang duit sana sini, tayang segala kereta, rumah, melancong, dan lelain lagi (tak takut kena rompak ker?)..
Sebabnya , mereka perlu menarik minat orang ramai untuk menjadi seperti mereka.. Syaratnya? Daftar dulu, jadi ahli, buat belian minimum dan repeat cari orang baru, makan percentage,makan upah rekrut orang baru dan ulang, dan ulang.. yang teraniya, siapa? Pastinya orang yang terakhir sekali @ terbawah dalam rantaian MLM itu sendiri..
Tepuk dada, tanya selera.. Selamat Berpuasa dan Selamat Berniaga Secara Konvensional..
P/s: pada pendapat aku, MLM memang akan meletup.. Dengan kuat hingga hancur berderai, runtuh, colapse dan tiada lagi MLM-SP yang dipesongkan sebagai suatu bentuk perniagaan / pelaburan.. Yang untung? Syarikat kat atas nie la kut.. hehehe..
P/s: pada pendapat aku, MLM memang akan meletup.. Dengan kuat hingga hancur berderai, runtuh, colapse dan tiada lagi MLM-SP yang dipesongkan sebagai suatu bentuk perniagaan / pelaburan.. Yang untung? Syarikat kat atas nie la kut.. hehehe..
No comments:
Post a Comment