Nuffnang Ads

Thursday, August 4, 2011

Kemalangan Semasa Balik Ke Rumah

Semalam masa on da way nak balik rumah, aku nampak accident dekat laluan LCCT ke KLIA dan Salak Tinggi. Yg accident, sorang abang bawak lori (1 tan kot aku rasa). Kat bawh nie gambar2 kemalangan tue..
Keadaan Lori Terbabit

Bomba sedang mengeluarkan mangsa tersepit
Bomba sedang mengeluarkan mangsa tersepit

Mangsa yang dalam kesakitan di bantu oleh pihak Bomba



Keaadan Trafik Yang Sesak. Polis Mengawal Lalulintas bagi memberi laluan kepada pihak Bomba

Mangsa yang berjaya di keluarkan

Kaki mangsa yang dikhuatiri terputus

Ambulans sampai 2 minit selepas mangsa dikeluarkan. Syabas

Mangsa sedang dimasukkan ke dalam ambulan

Mangsa di beri rawatan awal sebelum dikejarkan ke hospital
Melihat kemalangan ini, saya berdoa supaya mangsa selamat. Kasihan kepada mangsa ini, bagaimana keaadan dia dan keluarganya. Doakan semoga mangsa kembali sihat dan dapat mencari nafkah untuk keluarganya kembali.


Pesanan saya, kalau kita lambat @ terlalu nak cepat sekali pun, sentiasa utamakan keselamatan kita. Malang tidak berbau. Terutamanya ketiga pergi kerja waktu pagi dan ketika pulang di waktu petang. Jika kita terlambat, terima ajelah kita terlambat. Tak payah nak rushing, cepat2. Apa2 yang terjadi nanti, kita yang susah, bukan majikan kita. Jika kita kemalangan dan tidak mampu bekerja, majikan kita tidak akan tutup kedai. Mereka akan cari pengganti yang baru. Untuk menjadi pekerja yang bagus, jaga keselamatan kita agar kita berada dalam keaadan yang sihat dan bertenaga supaya kita dapat memberikan khidmat yang terbaik.


Terima Kasih. " Ingat Orang Yang Tersayang"

5 comments:

  1. betul tu...biar lambat asal selamat

    ReplyDelete
  2. astaghfirullahhalazim..ngeri tgk keadaan mangsa...lepas ni sy xtak bawa laju2 dah...terima kaseh sbb buat blog post yg memberi pengajaran ni..

    ReplyDelete
  3. azham,

    sama2. kita kongsi2 la apa yang ada bersama2 sebagai pengajaran dan pelajaran kita. Saya pun sayu tengok keadaan dia, tambahan pulak sekarang nie bulan puasa dan nak raya lepas ni.. kasihan kat abang nie dan keluarga dia..

    ReplyDelete
  4. eeii..ngeri..bru je lalu td dri pd..

    ReplyDelete
  5. yang nie eksiden hari rabu baru2 nie (3/8/11).. petang dalam pukul 5 ptg..

    ReplyDelete

Tabung Ayam Anakku