Nuffnang Ads

Thursday, August 11, 2011

Layakkah Anda Pakai Kad Kredit

Berita dulu2. Mungkinkah Sejarah akan berulang?
Salam untuk semua.

Dah lama rasanya saya tak tulis artikel yang agak serius dan berkisar mengenai pengurusan wang. Artikel kali ini adalah untuk menilai sama ada kita layak ataupun tidak untuk memiliki kad kredit. Tapi, sebelum itu, jika ada orang yang bertanya (dalam hati atau dalam kepala anda sendiri), bukankah bank dah mengesahkan bahawa saya layak untuk menggunakan kad kredit, saya ingin maklumkan kepada anda bahawa artikel ini bukan bermaksud dari segi 'kelayakan' anda sebab majoriti yang membaca artikel ini pastinya sudahpun memiliki kad kredit dan hanya tertanya2 sama ada anda sememangnya layak atau tidak.

Mari kita teruskan.

Sebelum ini saya pernah bercerita mengenai hutang kad kredit dan bayaran minima dan nilai yang kita perlu tanggung jika kita lewat atau membayar secara minima sahaja. Mungkin ada yang beranggapan adalah mustahil jika tidak berhutang sama sekali. Dan saya bersetuju dengan anda kerana kebanyakkan dari kita tidak tersenarai dalam 10 manusia terkaya di muka bumi ini. :)

Kita boleh berhutang, tetapi eloklah jika menghadkan kepada hutang kereta dan hutang perumahan sahaja (tertakluk kepada kelayakkan kita). Yang paling penting adalah untuk kita elakkan hutang kad kredit, kerana hutang ini akan menyebabkan kita mula berhutang dengan hutang2 yang baru seperti hutang peribadi (personal loan), hutang saudara mara, hutang makan, hutang minum, hutang minyak....bla bla bla..

Mengapa ini terjadi? Sekarang mari kita lihat adakah anda layak untuk menggunakan kad kredit sebenar benarnya.. Anda layak untuk menggunakan kad kredit jika:

  1. Membuat pembayaran penuh setiap transaksi kad kredit di dalam tempoh bebas caj @ sebelum tempoh matang (biasanya, 20 hari dari tarikh transaksi dilakukan) 
  2. Mempunyai satu kad kredit dan hanya menggunakannya ketika anda mempunyai wang di dalam bank dan malas @ takut untuk mengeluarkannya. 
  3. Tidak pernah kena denda lewat oleh pihak bank. 
  4. Hanya menggunakan kad kredit untuk urusan jual beli di internet (tiket kapal terbang, tiket wayang, lain2) yg akan menjimatkan masa, wang dan tenaga anda. 
Namun, jika anda mempunya ciri-ciri dibawah, lebih baik anda bersedia untuk menutup terus kad kredit anda kerana pihak BANK akan amat "menyayangi" anda sepenuhnya.

  1. Kurang upaya untuk membuat bayaran minimum bagi belen tertunggak kad kredit. 
  2. Rajin duk pindah belen dari satu kad kredit ke kad kredit yang lain (balance transfer) 
  3. Selalu kena denda / penalti sebab lambat buat bayaran ( X buat bayaran sebelum tarikh akhir) 
  4. Kalau x der kad kredit, sakit jantung sebab banyak benda x boleh bayar. Kad kredit jadi sumber 'pendapatan' utama anda. 
  5. 15 % gaji bersih guna untuk bayar kad kredit aje. Bayar kad kredit, guna balik, bayar RM200, pakai RM 500, bayar RM 500, guna balik RM 1000.. Bila nak abis daa.. 
  6. Kad kredit termasuk sebagai sumber yang akan digunakan untuk menyambut hari raya ini. (Edisi Khas Hari Raya aka Beli perabot, barang letrik, baju raya, etc -- cara hutang kad kredit) 
So, kalau rasa kita duduk kat kategori yang layak, pakai la kad kredit. Kalau rasa duk kat kategori yang x layak, bawak2 la selesaikan kad kredit dan tutup terus.. sebab bila hutang kad kredit dah menimbun, kita akan pening kepala sebab perbelanjaan asas tersangkut..

Bila perbelanjaan asas tersangkut, kita akan mula membuat pinjaman saudara mara, adik beradik, personal loan dan sebagainya demi memastikan perbelanjaan yang kita dah 'terbiasa' itu akan maintain walupun yang sebenarnya kita tidak mampu untuk mengamalkan gaya hidup tersebut..

Jadi para pembaca yang budiman sekalian, tengoklah sendiri penyata kad kredit anda dan tanyalah diri sendiri, adakah kita layak untuk memakai kad kredit sebenarnya.

Renung2kan dan Selamat Berpuasa!

2 comments:

Tabung Ayam Anakku