Nuffnang Ads

Friday, July 15, 2011

Kisah Kad Kredit dan Bayaran Minima

Kisah Kad Kredit dan Bayaran Minima

Pada suatu petang yag damai, selepas kita membeli belah dengan aman.. Di sebuah pasaraya terkemuka kita membeli barang2 dapur @ rumah.. Di kauter pembayaran kita berjaya buat magic.. Dengan menggunakan satu kad plastik, semua barang yang kita beli tadi dapat dibawa pulang dengans selamat… Kad Ajaib itu adalah Kad Kredit.. Tada.. Apa yang saya ingin kongsikan adalah kisah kad ajaib ini dan pembantu utamanya.. Jeng2 Bayaran Minima...
Katakan kita ada Hutang Kad Kredit Sebanyak RM 2000..
Berdasarkan kiraan, kita perlukan lebih kurang 44 bulan untuk menghabiskan hutang ini jika hanya membayar bayaran minima kad kredit dan TIDAK MENGGUNAKANNYA LAGI.. Untuk lebih jelas, kita lihat rajah dibawah… 


Bulan
Baki Hutang Kad Kredit
Min. Payment @ 5% atau minima RM50
Interest @ 17.5% pa
Baki Bawa Bulan Depan
(RM)
1
2,000.00
100.00
29.17
1,929.17
2
1,929.17
96.46
28.13
1,860.84
3
1,860.84
93.04
27.14
1,794.94
4
1,794.94
89.75
26.18
1,731.37
5
1,731.37
86.57
25.25
1,670.05
6
1,670.05
83.50
24.35
1,610.90
7
1,610.90
80.54
23.49
1,553.85
8
1,553.85
77.69
22.66
1,498.81
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
41
147.46
50.00
2.15
99.61
42
99.61
50.00
1.45
51.06
43
51.06
50.00
0.74
1.81

Tapi, kalau kita maintain bayaran bulan pertama sebanyak RM100 dan TIDAK MENGGUNAKANNYA LAGI, kita Cuma memerlukan lebih kurang 24 bulan untuk menghabiskan hutang kad kredit kita seperti rajah dibawah…

Bulan
Baki Hutang Kad Kredit
Min. Payment @ 5% atau minima RM50
Interest @ 17.5% pa
Baki Bawa Bulan Depan
(RM)
1
2,000.00
100.00
29.17
1,929.17
2
1,929.17
100.00
28.13
1,857.30
3
1,857.30
100.00
27.09
1,784.39
4
1,784.39
100.00
26.02
1,710.41
5
1,710.41
100.00
24.94
1,635.35
6
1,635.35
100.00
23.85
1,559.20
7
1,559.20
100.00
22.74
1,481.94
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
19
553.96
100.00
8.08
462.04
20
462.04
100.00
6.74
368.78
21
368.78
100.00
5.38
22
274.15
100.00
4.00
23
178.15
2.60
100.00
0

Perbezaannya adalah sebanyak 2 tahun beb.. Aman 2 tahun lebih awal… Ok la tue…
So, kesimpulannya adalah seperti dibawah..

Jumlah Hutang Kad Kredit = RM 2000.00

Masa untuk selesaikan hutang Kad Kredit
1.       Bayar Minima Sahaja Setiap Bulan (5% @ RM50, yg mana lebih tinggi) = 44 Bulan
2.       Bayar Tetap RM 100 setiap Bulan = 24 Bulan

Jumlah Kadar Faedah yang dikenakan
1.       Bayar Minima Sahaja Setiap Bulan (5% @ RM50, yg mana lebih tinggi) = RM 602.63
2.       Bayar Tetap RM 100 setiap Bulan = RM 381.93

Jumlah faedah x perlu bayar yg dijimatkan = RM 602.63 – RM 381.93 = RM 220.70

Mungkin pembaca rasa x banyak, tetapi ini adalah bagi hutang kad kredit RM2000.00 sahaja, Kalau lebih dari itu??? Fikir2kan lah berapa baiknya hati kita mengkayakan pihak bank dan bukan diri kita..

Nasihat saya, x salah nak pakai kad kredit, tapi pastikan kita bayar dalam tempoh 20 hari selepas digunakan dan MESTI BAYAR HABIS @ SEMUANYA dan BUKAN HANYA BAYAR MINIMA..

Dan itulah kisahnya Kad Ajaib dan pembantu halimunannya Bayaran Minima.. Sekian Terima Kasih..

2 comments:

  1. Assalamu 'alaikum, terima kasih tuan atas perkongsian berguna. Terus usaha tuan dalam menyedarkan pengguna.

    ReplyDelete
  2. Salam tuan,

    terima kasih kerana sudi membaca.. saya akan berusaha untuk kongsikan apa yang saya tahu..

    ReplyDelete

Tabung Ayam Anakku