Lebih kurang 2 minggu lagi, umat Islam di Malaysia akan menyambut Bulan Ramadan Al Mubarak yang mulia. Pelbagai persediaan telah dan sedang dilakukan untuk hari yang mulia ini.. Iklan2 dan lagu raya sudah pun bermula di pasaraya-pasaraya besar walaupun kita belum lagi memulakan puasa.
Tak kurang juga pakej @ promosi sempena ramadan sedang mula diedarkan seperti pakej berbuka puasa, pakej barangan rumah secara ansuran dan lain2 lagi.. Tapi jika bercerita tentang persiapan raya, saya harap anda semua dapat membaca tentang perancangan hari raya dan kongsikan di sini sebagai pengajaran dan panduan untuk kita semua..
Pada masa yang sama, saya berharap Kementerian Kesihatan akan mengambil peluang sempena Bulan Puasa yang semakin hampir ini untuk membuat promosi "KEMPEN BERHENTI MEROKOK". Sebagaimana lazimnya, waktu ini adalah waktu puncak di mana perokok-perokok tegar akan mula memasang azam dan niat untuk berhenti merokok seterusnya menjalani hidup yang lebih sihat.. Walaibagaimanapun, saya dimaklum bahawa memang ada kempen dijalankan seperti Nafas Baru Sempena Ramadan, tapi kurangnya promosi kepada perokok itu sendiri menyebabkan kempen ini tidak berhasil..
Contoh2 ketagih rokok lebih kurang macam nie laa.. bila tak dapat rokok,
1 ) Kepala pening-pening ( macam nak demam )
2 ) Letih tak bermaya .
3 ) Mood hilang - segala macam makneka punya mood !!
4 ) Hidung berayer - keluar dengan sendiri ...macam taik Pit ( Orang Penang
cakap ) Penagih la .
5 ) Akan dapat demam ...sebelum menjadi ok seperti sedia kala !!!
(kesan ketagih ini, credit to othman_mat_ali)
Saya dapati ramai mereka di luar sana saban tahun mencuba dan terus mencuba untuk menghentikan tabiat buruk ini tetapi gagal.. Jadi, saya berharap agar anda semua dapat berkongsi tips2 dan nasihat ataupun menceritakan pengalaman anda sendiri demi untuk kebaikan kita semua..
Di bawah ini saya sertakan beberapa tips yang diberikan oleh pembaca sebelum ini.. Mungkin anda semua ada tips2 lain yang lebih @ terbukti berkesan yang dapat di kongsikan di sini..
1. Teknik Berazam Kuat
- Hisap maksimum 3 batang sahaja sehari bg miggu pertama (selepas terawih, selepas sahur dan selepas berbuka).
- Pada minggu kedua, maksimum 2 batang sahaja (selepas tarawih dan selepas berbuka).
- Minggu ketiga 1 batang sahaja (selepas berbuka) dan minggu akhir (0 - 1/2 btg sahaja selepas berbuka).. 3 hari terakhir ramadan , kita berdoa dan berazam lah supaya tidak akan menghisap rokok lagi..
- Teknik ini memerlukan keazaman dan kekuatan mental yang tinggi sebab memang senang sangat gagal kalau azam tak cukup
2. Ada jugak yg nasihat cara ini.. INGAT ROKOK itu HARAM, HISAP ROKOK MACAM HISAP RACUN.. ~ yg pastinya kaum hawa mmg x suka kat bau rokok nie, tp rasa nya cara susah nak menjadik kot.. :)
3. Ada yang cakap hisap rokok ini bukan sebab ketagihan, tapi sebab tabiat.. So ubah lah tabiat korang dan jangan beli rokok...
Saya akan update lagi kalau ada tips2 terbaru untuk berhenti merokok... Okay..
No comments:
Post a Comment