Nuffnang Ads

Wednesday, July 27, 2011

Pendapatan Dari Perniagaan Sambilan Untuk Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Ramai terpedaya dengan taktik ini

Salam untuk semua. Artikel saya pada hari ini adalah mengenai menguruskan pendapatan sampingan ataupun sambilan sempena sambutan bulan Ramadan dan seterusnya sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menyusul.

Kebanyakkan dari kita semua memilih untuk menjadi peniaga bagi menampung kos sara hidup dan juga kos tambahan bagi sambutan Hari Raya nanti. Pelbagai jenis perniagaan dijalankan, dan sudah pasti yang menjadi pilihan kebanyakkan orang ramai adalah menjual Kuih Raya dan yang seumpamanya seperti kek, kerepek, keropok dan pelbagai lagi. Kesemuanya yang berkaitan dengan bisnes akan dipertimbangkan.

Tidak kurang juga yang memasarkan pakaian samada untuk orang dewasa dan kanak kanak. Bagi mereka yang sudah memulakan kerja sambilan seperti menjadi cikgu tuisyen, menjual barangan kesihatan dan lain-lain lagi, anda juga boleh berkongsi pandangan dan cara bagaimana anda menguruskan/membahagikan masa anda.


Namun saya ingin mengingatkan, dalam keghairahan melakukan kerja sambilan ini kita tidak harus mengabaikan kerja utama kita kerana majoriti yang melakukan kerja sambilan ini adalah mereka yang makan gaji seperti pekerja swasta dan pekerja kerajaan. Jangan disebabkan sibuk membuat pemasaran ataupun membuat kuih raya, kita kepenatan dan menjejaskan prestasi kerja kita nanti.

Panjangnnya pengenalan saya mengenai kerja sampingan ini. Bagi saya, topik adalah sangat menarik. Saya sebenarnya ingin membincangkan bagaimana menguruskan hasil pendapatan yang kita dapati dari kerja-kerja sampingan ataupun sambilan yang kita lakukan. Pada pandangan saya, lebih bagus kita berniaga atau berkerja secara part-time ini dari berhutang dengan kad kredit kerana jika kita berhutang yang susah adalah diri kita sendiri.

Sebagai contoh, katakan kita memerlukan lebih kurang RM2000 untuk menyediakan kelengkapan dan pelbagai persediaan menyambut Hari Raya nanti. Tahniah saya ucapkan kerana kita memikirkan bagaimana mendapatkan lebihan wang RM2000 dengan cara bekerja, bukan dengan cara mudah iaitu BERHUTANG.

Antara kerja-kerja ataupun bisnes yang mungkin dapat kita lakukan adalah seperti:
  1. Menjual kuih raya.
  2. Menjual kek
  3. Menjual pakaian
  4. Menjual peralatan membuat kuih raya.
  5. Menyediakan penghantaran ke rumah bahan-bahan mentah untuk penyediaan kuih / kek raya
  6. Perkhidmatan Logistik (menghantar kepada pelanggan) bagi pembekal kuih / kek / pakaian.
  7. Membuat banner atau iklan untuk peniaga
Bagaimana kita akan menguruskan wang lebihan yang kita dapat ini. Saya berharap para pembaca semua dapat melihat kembali post saya yang terdahulu mengenai bajet raya.

Saya ingin mencadangkan supaya pembaca sekalian agar menggunakan hanya 50% dari pendapatan yang diperolehi dari kerja sampingan ini dan bakinya disimpan bagi kegunaan kecemasan. Mungkin ada yang akan mempertikaikan nasihat saya ini, namun “Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya”.

Mengapa saya mencadangkan hal ini? Bukan kah lebihan wang ini sepatutnya kami belanjakan sepuas hati? Sabar wahai pembacan sekalian, biar saya terangkan rasionalnya saya meminta pembaca yang budiman menyimpan sebahagian pendapatan itu.

Saya telah melihat ramai kenalan dan saudara mara saya yang mengalami masalah terlebih belanja ketika sambutan Hari Raya. Masakan tidak, pelbagai promosi dan tawaran potongan harga, diskaun disana sini membuatkan kita rambang mata di tambah pula sedang lapar berpuasa , akhirnya kita membeli lebih dari apa yang kita peruntukkan. Ini bukan kisah dongeng atau pun fantasi saya, ini adalah realiti yang melanda kita semasa musim perayaan samada kita suka ataupun tidak.

Pada pandangan kita ketika melihat diskaun sana sini, promosi itu dan ini, kita menyangkakan bahawa wang gaji dicampur dengan wang lebihan dari kerja sambilan, kita masih mempunyai wang yang banyak. Namun kita sering terlupa kita masih perlu menghitung hari sementara menunggu gaji masuk, dan ketika inilah kita akan mula menggunakan kad ajaib kita iaitu KAD KREDIT. Akhirnya kita hanya penat membuat KERJA SAMBILAN, tetapi TERPAKSA BERHUTANG apabila kembali bekerja selepas Hari Raya.

Oleh itu, pastikan kita sudah bersedia untuk menghadapi detik sukar selepas pulang berhari raya kerana majoritinya, kita tidak mempunyai masalah untuk menyambut Hari Raya. Kita menghadapi masalah SELEPAS PULANG MENYAMBUT HARI RAYA. Dan sewaktu inilah lebihan wang sebanyak 50% yang kita simpan akan membantu kita dari terjebak ke kancah hutang yang tidak perlu.
Kad Ajaib
 Saranan saya, simpanlah wang lebihan itu didalam akaun yang tidak mempunyai kad ATM seperti ASB, Tabung Haji atau mana-mana bank yang anda ada tanpa KAD ATM. Sebaik-baiknya adalah selepas anda mendapat pendapatan tambahan, terus disimpan sebelum pergi ke pasar raya atau mula bershopping (membeli-belah) untuk Hari Raya.

Setakat ini sahaja untuk kali ini. Selamat Berkerja Sambilan dan Selamat Meyimpan.

P/S:
Ramai orang pada ketika ini akan berfikir bagaimana untuk “Buat Duit” dengan pantas. Nasihat saya, bersabar dan lakukan dengan perlahan-lahan. Jika kita ingin mendapatkan keuntungan ataupun pulangan wang dengan segera, kita akan mudah tertipu dengan tawaran-tawaran yang tidak masuk akal (seperti skim cepat kaya, MLM Skim Piramid, pelaburan head-hunting dan lain-lain lagi). 

No comments:

Post a Comment

Tabung Ayam Anakku