Artikel ni aku terasa nak tulis sebab lusa dah nak puasa. Promosi pun dah makin rancak. Jualan sempena Aidilfirti, Jualan sempena hari raya dan yang seangkatan dengannya. Dan aku cuma nak fokuskan kali ini pada syarikat-syarikat yang menjual barangan elektrik dan perabot rumah.
Kalau tengok iklan iklan begini, memang terpengaruh kita dibuatnya. Masakan tidak, Set Sofa yang berharga dalam lingkungan RM2000 -RM7000 boleh dibeli dengan mudah. Dan juga kita dimaklumkan tidak perlu membayar apa-apa sampai tahun depan. Ada juga yang hanya memerlukan kita membayar tidak lebih dari RM200 dan segala peralatan atau perabot ini kita boleh bawa balik rumah. Wah, baiknya hati peniaga-peniaga ini. Kenapa diaorang nie baik sangat? Mereka sayangkan kita atau pun sebab kita yang sayangkan mereka?
Namun apa yang kita tidak nampak, mereka ini sedang memastikan bahawa pendapatan kita untuk 24 bulan atau 48 bulan akan datang akan menjadi milik mutlak mereka dengan cara kita berhutang dengan mereka. Secara tidak langsung, kita sebenarnya menjadi pembeli tetap sesebuah kedai itu selama tempoh kontrak pembayaran tu berjalan. Kenapa? Sebab setiap bulan kita akan memastikan yang sebahagian pendapatan kita digunakan untuk membayar ansuran mudah ini. Ini terjadi kerana pada asasnya kita tidak mampu untuk membeli secara tunai, jadi kita akan berhutang supaya apa yang kita tidak mampu akan menjadi mampu. Sayang sungguh kita kepada mereka.
Pembaca yang budiman sekalian, perlukah kita berhutang hanya disebabkan ingin membeli set sofa baru, tv baru, sistem home teater, katil, almari dan sebagainya? Mengapa kita tidak mahu hidup mengikut pendapatan tetapi lebih selesa hidup mengikut nafsu?
Yang pasti, tanpa peralatan atau perabot ini, kita masih mampu untuk terus hidup, bahkan lebih menyenangkan kita jika ianya tidak dibeli secara hutang. Hidup kita akan lebih aman tanpa hutang yang tidak perlu ini. Bagi saya, untuk berhutang sepatutnya dihadkan kepada dua perkara sahaja yang mana kita pasti akan mengalami kesukaran untuk membeli seperti.
- Hutang Perumahan
- Hutang Kereta
Namun, kedua2 ini masih ada batasnya dan saya akan cuba menulis mengenai kedua-dua hutang ini.
Sebelum itu, saya ingin mengingatkan diri saya dan pembaca budiman yang sudi membaca disini bahawa TIADA ANSURAN MUDAH, HANYA ANSURAN SUSAH untuk kita. Kita dipengaruhi untuk berhutang dan membeli barangan yang kita tidak mampu beli. Jika kita tidak mampu, jangan beli. Senang sahaja. Sebab tiada faedah yang kita dapat dengan memilik benda yang kita tidak mampu (melainkan kita yang terkena faedah bank yang tinggi).
Tengok la gambar dibawah sebagai contoh.
Contoh Iklan A |
Contoh Iklan B |
Harga mingguan di atas adalah bagi tempoh 48 bulan (tertulis di sana bahawa harga adalah antara 6 - 48 bulan. Biasanya pengikla akan mengambil tempoh yang terpanjang supaya nampak murah)
Iklan A
RM17.87 X 52 Minggu X 4 tahun = RM3716.96
Interest = RM 1717.96 dari harga yang ditawarkan RM 1999 (saya pasti akan mengamuk jika membeli ketika harga biasa RM4398 kerana tiba-tiba sahaja rugi RM2399 sebab terbeli sebelum promosi :)
Saya permudahkan begini:
Bayar RM 41.65 untuk harga perabot + bayar RM 35.79 = RM 77.44 sebulan selama 4 tahun.
Ataupun setiap bulan kita bayar 54% harga perabot dan 46% interest untuk barangan ini.
Hahaha.. Patut la syarikat begini cepat berkembang dan dapat menambah cawangan dengan pantas. Sebab pembeli dengan baik hati sudi menanggung dan membayar hinga 4 kali raya baru habis.. :)
Untuk Iklan B, mungkin pembaca sekalian kira2 kan sendiri dan nilai mengapa kita perlu berhutang sebegini. Adakah kita akan berada di ambang maut jika kita tidak membeli barang barang ini secara hutang? Fikir fikirkan lah.
Saya akan berhenti setakat ini sahaja kali ini. Tips kali ini, belilah secara tunai dan bukan dengan cara berhutang (kredit). Terima Kasih.
P/s: Selamat Menyambut Ramadan AL-Mubarak dan Mohon Ampun Dan Maaf Jika terkasar bahasa.
No comments:
Post a Comment