Salam Untuk Semua,
Respon saya adalah seperti dibawah:-
Mengenai bazar ramadan, membeli juadah disana. bagi saya adalah kehendak kita sendiri, bukan keperluan (maksudnya, kita masih mampu utk berbuka dengan secukupnya walaupun tidak membeli di pasar ramadan).
Setakat hari ini, saya cuma sekali sahaja ke pasar ramadan membeli satu murtabak berharga dua ringgit.. selebihnya, sama ada isteri saya yang masak di rumah atau saya sendiri yang masak.. termasuk juga dengan penyediaan air untuk berbuka.. kami gemarkan air jagung.. nah, bukak internet dan tengok, mudah sangat untuk membuatnya..
Saya tak teringat lansung untuk ke pasar ramadan kerana makanan di masak sendiri.. Kita harus menggunakan kuasa pengguna yang ada dari terus mengeluh mengatakan harga makanan yang mahal di pasaran.. sebagai contoh, saya membeli ikan cencaru (ikan jaket besi) yang segar di pasar raya dalam perjalanan pulang ke rumah.. harganya cuma RM 3.9/kg (kena pandai cari laa)..
Semalam saya beli lebih kurang 6 ekor ikan cencaru dengan harga yg x sampai pun empat ringgit.. balik rumah, isteri (juga bekerja) siap2kan ikan tersebut dan saya siap2kan api untuk membakar ikan.. hasilnya, beberapa minit sebelum berbuka, kami makan ikan dan ayam bakar yang masih panas lagi.. belen ikan yang ada, masak untuk besok pulak.. kurang2 4-5 hari boleh makan ikan bakar cencaru lagi.. kos arang baru berapa ringgit?..
Di pasar ramadan, seekor ikan cencaru bakar berharga antara RM 3 - RM 4 seekor.. untuk 6 ekor, harganya di antara Rm18 - RM 24.. x termasuk kos untuk kesana dan terbeli juadah2 lain lagi (bila lapar kita akan membeli lebih dari apa yg mampu kita makan)..
Kesimpulannya, pilihan di tangan kita, jika kita asyik menunding jari mengatakan harga mahal, jom kita tukar kepada makan masakan sendiri.. jangan gunakan alasan penat puasa @ lambat balik kerja.. Jarak dari rumah saya ke tempat kerja dalam 50km.. hari2 ulang alik 100km dan saya hanya menaiki motorsikal sahaja.. :)
Tepuk dada, tanya selera..
Sekadar berkongsi pengalaman.. minta maaf jika lari topik @ tidak sependapat dengan orang lain.. Selamat Berpuasa,
P/s :
Ikan cencaru @0.39 = RM 3.90 / kg @ 0.39 /100g
(Barcode)@0.30 = Tauhu

Saya pulak bawak tupperware ke pejabat. 4.30 kuar pejabat berbaris di Masjid India ambil kanji. Boleh kata hari2 mcm tu. Kdg2 kanji ambik semalam tak habis, kakak campurkan dgn tepung dan goreng. Tambah lagi satu juadah iaitu cucur. Baru skli je ke Bazaar Ramadhan tu pun sbb kempunan gulai batang pisang. Rasa ... hmmm ... ntah apa2. Kemungkinan dia tidak menggunakan batang pisang daripada spesis yg sepatutnya.
ReplyDelete