Nuffnang Ads

Showing posts with label hari raya aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label hari raya aidilfitri. Show all posts

Friday, August 26, 2011

Cadangan Jadual Perjalanan Balik Kampung Dari Plus 2011

Salam Semua,


Di bawah adalah Jadual Perjalanan Dari Pihak PLUS untuk Pulang Berhari Raya


Jadual Untuk Balik Ke Kampung 2011Nanti 
Nanti aku update lagi.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Jadual balik Lepas Abis Raya

Wednesday, August 24, 2011

Tips Balik Kampung Dan Beraya



Kepada sesiapa yang akan balik ke kampung untuk beraya dan juga hendak pergi beraya, sila pastikan:

Pastikan keadaan kenderaan anda selamat digunakan.

Pastikan suis-suis elektrik dirumah anda telah di matikan.

Periksa dapur gas anda sebelum balik ke kampung atau pergi beraya.

Pesan jiran-jiran yang berhampiran, kalau boleh buat pesanan kepada balai polis yang terdekat.

Rehat sebentar jika rasa letih atau mengantuk semasa memandu.

Buka lampu kereta, jika keadaan gelap, hujan lebat atau kabus tebal semasa bailk ke kampung atau pergi beraya.

Monday, August 22, 2011

Semuanya Tentang Hari Raya - Mood hari Raya Dah Mai


Salam Ramadhan untuk semua. Lepas baca artikel nie, harap2 tinggalkanlah ucapan selamat hari raya anda di ruangan komen..

Hari ini sudah masuk 10 hari terakhir dalam bulan Ramadhan 2011 ini. Ketika ini, kita semakin sibuk dalam menyediakan kelengkapan untuk menyambut hari raya. Segalanya adalah tentang hari raya. Lagu raya, Kad raya (ada lagi ke?), ucapan hari raya, salam perantau, pantun raya dan lain2 lagi. Semuanya akan berkisar tentang selamat hari raya. Tidak kira di facebook atau youtube, subject mengenai hari raya sedang meningkat dengan tinggi.

Namun, selain dari website facebook dan youtube ini, menjelang hari raya pastinya website2 bank seperti cimbclicks, maybank2u, rhb dan lain2 lagi akan menjadi sasaran juga. Tidak lupa juga website Jabatan Akauntan Negara disebabkan oleh bonus raya 2011 baru baru ini.

Syarikat-syarikat yang menyediakan perkhidmatan jualan perabot dan barangan elektrik, semakin rancak dengan promosi hari raya. Lebih lebih lagi bonus 2011 (bonus raya) untuk kakitangan awam sudahpun masuk dengan selamatnya kedalam akaun bank mereka. Nasihat Saya, belilah secara tunai. Jangan beli secara hutang ataupun ansuran mudah, menyusahkan hidup dan menggalakkan kita hidup diluar kemampuan.

Oleh itu saya harap para kakitangan awam yang mendapat durian runtuh ini membelanjakannya dengan secara yang berhemah. Iyelah, jangan nanti selepas pulang ke kota atau kembali bekerja, semuanya masam mencuka kerana sudah “sangap” sebab terlebih berbelanja. Nasihat saya, asingkan dahulu perbelanjaan untuk selepas raya hingga gaji masuk untuk mengelakkan waktu2 sangap kemudian hari.

Selain itu ketika ini, ramai akan mula membuat kuih raya, biskut raya atau membuat makanan untuk berbuka puasa dan sudah tentu resepi kuih raya dari internet pasti menjadi pilihan. Oh, bercakap mengenai resipi ini, anda mungkin ingin berkunjung ke laman web Dapur Tanpa Sempadan di mana terdapat pelbagai koleksi resepi masakan yang boleh kita gunakan untuk hari raya nanti, ataupun sebagai pilahan untuk berbuka ketika bulan puasa ini.

Tabung Ayam Anakku