Showing posts with label bonus kerajaan. Show all posts
Showing posts with label bonus kerajaan. Show all posts
Monday, August 22, 2011
Semuanya Tentang Hari Raya - Mood hari Raya Dah Mai
Salam Ramadhan untuk semua. Lepas baca artikel nie, harap2 tinggalkanlah ucapan selamat hari raya anda di ruangan komen..
Hari ini sudah masuk 10 hari terakhir dalam bulan Ramadhan 2011 ini. Ketika ini, kita semakin sibuk dalam menyediakan kelengkapan untuk menyambut hari raya. Segalanya adalah tentang hari raya. Lagu raya, Kad raya (ada lagi ke?), ucapan hari raya, salam perantau, pantun raya dan lain2 lagi. Semuanya akan berkisar tentang selamat hari raya. Tidak kira di facebook atau youtube, subject mengenai hari raya sedang meningkat dengan tinggi.
Namun, selain dari website facebook dan youtube ini, menjelang hari raya pastinya website2 bank seperti cimbclicks, maybank2u, rhb dan lain2 lagi akan menjadi sasaran juga. Tidak lupa juga website Jabatan Akauntan Negara disebabkan oleh bonus raya 2011 baru baru ini.
Syarikat-syarikat yang menyediakan perkhidmatan jualan perabot dan barangan elektrik, semakin rancak dengan promosi hari raya. Lebih lebih lagi bonus 2011 (bonus raya) untuk kakitangan awam sudahpun masuk dengan selamatnya kedalam akaun bank mereka. Nasihat Saya, belilah secara tunai. Jangan beli secara hutang ataupun ansuran mudah, menyusahkan hidup dan menggalakkan kita hidup diluar kemampuan.
Oleh itu saya harap para kakitangan awam yang mendapat durian runtuh ini membelanjakannya dengan secara yang berhemah. Iyelah, jangan nanti selepas pulang ke kota atau kembali bekerja, semuanya masam mencuka kerana sudah “sangap” sebab terlebih berbelanja. Nasihat saya, asingkan dahulu perbelanjaan untuk selepas raya hingga gaji masuk untuk mengelakkan waktu2 sangap kemudian hari.
Selain itu ketika ini, ramai akan mula membuat kuih raya, biskut raya atau membuat makanan untuk berbuka puasa dan sudah tentu resepi kuih raya dari internet pasti menjadi pilihan. Oh, bercakap mengenai resipi ini, anda mungkin ingin berkunjung ke laman web Dapur Tanpa Sempadan di mana terdapat pelbagai koleksi resepi masakan yang boleh kita gunakan untuk hari raya nanti, ataupun sebagai pilahan untuk berbuka ketika bulan puasa ini.
Saturday, August 20, 2011
Mereka Ini Berpuasa Juga, bantulah Mereka!
Salam Untuk Semua,
Selamat berpuasa, hari nie dah masuk hari yang ke 20 kita berpuasa, namun masih ada orang yang terus berpuasa seperti kanak2 di atas.. Bayangkan jika anak kecil di atas adalah anak kita? Alangkah sedihnya..
Saya petik kata2 ini dari blog Dapur Tanpa Sempadan
"Tiada kata2 yang boleh kita gambarkan....jika manusia gelandangan di negara kita, diberi makan walaupun mereka tidur di kaki lima, tapi kanak2 di Somalia ini...hmm sungguh menderita dan sengsara..mereka mati setiap 6 minit........menyayat hati kan...Untuk itu jika ada tergerak hati anda untuk menyumbang, boleh lah klik sini...mereka sedara seugama kita...Moga jasa baik anda diberkati Allah swt..... Terima kasih pada Ben Ashaari juga...."
Jika kita yang berada di bumi bertuah Malaysia ini tidak bersyukur, lihatlah mereka di luar sana.. Jika kita berhajat x nak berpuasa, lihat lah mereka yang tiada pilihan di sana..
Sedih melihat kanak2 ini yang baru berusia 7 tahun.. terbayang anak saya ketika ini.. Jom kita sama-sama bantu mereka yang memerlukan.. Sempena bulan Ramadan yang mulia ini.. Macam mana kita nak bantu mereka? boleh lah klik sini..
Tuesday, August 16, 2011
Tips Bahagikan Bonus Raya Kakitangan Kerajaan 2011
Bonus raya bagi kakitangan kerajaan dah masuk. Agak2 aper yang nak dibuat dengan duit bonus nie yea. Adakah seperti dibawah?
- Beli baju raya lebih sikit
- Boleh tambah kuih raya
- Tukar perabot / barangan elektrik / henpon
- Spare buat belanja hari raya
Tak salah nak belanja duit bonus nie, tapi kalau perkara2 dibawah juga termasuk dalam senarai, mungkin lebih manis.. yer laa, bonus nie kira pendapatan di luar jangka.. sepatutnya x termasuk dalam sumber pendapatan.. Mungkin boleh pecah2kan bonus tue macam kat bawah nie.
Monday, August 8, 2011
Bonus Setengah Bulan Gaji Dengan Minima RM500 Untuk Kakitangan Awam
Bonus Untuk Kakitangan Awam Sempena Hari Raya 2011
Kerajaan mengumumkan pembayaran bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada semua kakitangan awam sempena Hari Raya ini.Golongan pesara juga akan dibayar RM500.
Pembayaran akan dibuat pada pertengahan bulan Ogos iaitu sebelum Hari Raya Aidil Fitri.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.
Subscribe to:
Posts (Atom)
