Nuffnang Ads

Showing posts with label Tips Beli Belah. Show all posts
Showing posts with label Tips Beli Belah. Show all posts

Monday, August 22, 2011

Semuanya Tentang Hari Raya - Mood hari Raya Dah Mai


Salam Ramadhan untuk semua. Lepas baca artikel nie, harap2 tinggalkanlah ucapan selamat hari raya anda di ruangan komen..

Hari ini sudah masuk 10 hari terakhir dalam bulan Ramadhan 2011 ini. Ketika ini, kita semakin sibuk dalam menyediakan kelengkapan untuk menyambut hari raya. Segalanya adalah tentang hari raya. Lagu raya, Kad raya (ada lagi ke?), ucapan hari raya, salam perantau, pantun raya dan lain2 lagi. Semuanya akan berkisar tentang selamat hari raya. Tidak kira di facebook atau youtube, subject mengenai hari raya sedang meningkat dengan tinggi.

Namun, selain dari website facebook dan youtube ini, menjelang hari raya pastinya website2 bank seperti cimbclicks, maybank2u, rhb dan lain2 lagi akan menjadi sasaran juga. Tidak lupa juga website Jabatan Akauntan Negara disebabkan oleh bonus raya 2011 baru baru ini.

Syarikat-syarikat yang menyediakan perkhidmatan jualan perabot dan barangan elektrik, semakin rancak dengan promosi hari raya. Lebih lebih lagi bonus 2011 (bonus raya) untuk kakitangan awam sudahpun masuk dengan selamatnya kedalam akaun bank mereka. Nasihat Saya, belilah secara tunai. Jangan beli secara hutang ataupun ansuran mudah, menyusahkan hidup dan menggalakkan kita hidup diluar kemampuan.

Oleh itu saya harap para kakitangan awam yang mendapat durian runtuh ini membelanjakannya dengan secara yang berhemah. Iyelah, jangan nanti selepas pulang ke kota atau kembali bekerja, semuanya masam mencuka kerana sudah “sangap” sebab terlebih berbelanja. Nasihat saya, asingkan dahulu perbelanjaan untuk selepas raya hingga gaji masuk untuk mengelakkan waktu2 sangap kemudian hari.

Selain itu ketika ini, ramai akan mula membuat kuih raya, biskut raya atau membuat makanan untuk berbuka puasa dan sudah tentu resepi kuih raya dari internet pasti menjadi pilihan. Oh, bercakap mengenai resipi ini, anda mungkin ingin berkunjung ke laman web Dapur Tanpa Sempadan di mana terdapat pelbagai koleksi resepi masakan yang boleh kita gunakan untuk hari raya nanti, ataupun sebagai pilahan untuk berbuka ketika bulan puasa ini.

Saturday, July 30, 2011

Tips Beli Belah Part 2

Artikel kali ini pendek aje. Sebab hari ini ada kenduri kahwin, pastu aku nak balik kampung. 


Artikel ni aku terasa nak tulis sebab lusa dah nak puasa. Promosi pun dah makin rancak. Jualan sempena Aidilfirti, Jualan sempena hari raya dan yang seangkatan dengannya. Dan aku cuma nak fokuskan kali ini pada syarikat-syarikat yang menjual barangan elektrik dan perabot rumah.


Kalau tengok iklan iklan begini, memang terpengaruh kita dibuatnya. Masakan tidak, Set Sofa yang berharga dalam lingkungan RM2000 -RM7000 boleh dibeli dengan mudah. Dan juga kita dimaklumkan tidak perlu membayar apa-apa sampai tahun depan. Ada juga yang hanya memerlukan kita membayar tidak lebih dari RM200 dan segala peralatan atau perabot ini kita boleh bawa balik rumah. Wah, baiknya hati peniaga-peniaga ini. Kenapa diaorang nie baik sangat? Mereka sayangkan kita atau pun sebab kita yang sayangkan mereka?

Monday, July 25, 2011

Besar Atau Kecil, Yang Mana Lebih Untung?

Hari nie aku nak bercerita pengalaman aku membeli belah.. Topik utamanya adalah saiz barangan yang dijual. sebab barang-barang yang dijual selalunya ada pelbagai size.. Contohnya Milo, ader 500g, 1kg, 2kg.. Cuma persoalannya, yang mana lebih Untung? Adakah packing yang besar atau packing yang kecil dan sedang2 aje.. Aku kupaskan berdasarkan beli belah aku yang baru berlangsung pada Sabtu yang lepas..

Korang selalu pergi shopping atau membeli belah? Pergi sorang-sorang atau pergi dengan partner a.k.a girlpren, bini (muda, tua), mak bapak, anak-anak ataupun dengan kawan-kawan. Aku selalunya membeli belah dengan isteri tercinta sebab kita orang akan tag team (apa yang penting, kerjasama) bila nak beli barang. Isteri ku (isteri tua, yang muda x tau bila lagi) ya amatlah sensitif dan cukup peka bila nak beli barang-barang dapur dan barangan rumah.. Sebab tue bila kitaorang pergi shopping, kita orang suka bawak calculator.. Sebabnya, barangan yang dipek dengan kuantiti yang lebih besar TIDAK SEMESTINYA MENGUNTUNGKAN korang dan aku.. Cuba kita tengok contoh di bawah.

Tabung Ayam Anakku