Nuffnang Ads

Friday, September 28, 2012

Bajet 2013 / Budget 2013




Antara isi Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri pada 28 September 2012 adalah seperti berikut.  

1.    Rebat RM200 secara one-off bagi pembelian telefon pintar mudah alih kepada belia berumur 21 hingga 30 tahun dengan pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah. (RM300 juta utk 1.5 juta belia)
2.    Kakitangan Awam akan menerima baki Sebulan Gaji , separuh dibayar pada Bulan Disember 2012 dan separuh lagi pada Januari 2013 utk meringankan beban menghadapi musim persekolahan yang bermula pada Januari 2013. (1.3 Juta Kakitangan Awam)
3.    Diskaun 20% jika menyelesaikan pinjaman PTPTN sekaligus dalam tempoh setahun bermula 1 Oktober 2012 hingga 30 September 2013.Jika membuat pembayaran konsisten mengikut jadual mulai 1 Oktober 2012, diskau 10% setahun akan diberikan.
4.    Pelepasan cukai untuk ibubapa yang mempunyai anak di IPT dinaikkan dari RM4,000 ke RM6,000 seorang setahun mulai taksiran 2013.
5.    Pelepasan cukai bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dinaikkan dari RM3,000 ke RM6,000
6.    Pencen minimum dinaikkan dari RM720 kepada RM820
7.    Caj bayaran pemprosesan pasport untuk tempoh sah laku selama lima tahun bagi warga emas akan dikurangkan sebanyak 50 peratus daripada RM300 kepada RM150.
8.    Caj bayaran pengurusan pasport untuk tempoh dua tahun dikurangkan kepada RM80.
9.    Kriteria penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan, yang akan menerima bantuan RM250.
10. Seramai 125,708 pegawai dan anggota Angkatan Tentera akan menerima bayaran insentif khas RM200 sebulan bermula 1 Januari depan.
11. 224,000 anggota tentera yang menamatkan perkhidmatan setelah berkhidmat kurang daripada 21 tahun dan tidak menerima pencen kerajaan akan memberikan sumbangan sebanyak RM1,000 secara 'one-off' atau dibayar sekali sahaja kepada mereka. 
12. Subsidi gula dikurangkan sebanyak 20 sen sekilogram bermula esok (29 September 2012)
13. 50% diskaun bagi tambang KTM Komuter untuk rakyat Malaysia dengan pendapatan bulanan dibawah RM3,000 dan menggunakan KTM Komuter sebagai pengangkutan. 
Saya akan mengemaskini Bajet 2013 selepas mendapat fakta2 dan data yang berkaitan nanti. 







Tuesday, September 25, 2012

Harga Tiket Legoland Malaysia

Berapa harga tiket untuk masuk ke Legoland Malaysia?




Sila baca dan kira sendiri bergantung pada bilangan ahli keluarga @ siapa2 yang anda nak sponsor.. Sila buat perancangan dulu sebelum ke Legoland Malaysia..hehehe..

gambar diambil olehNashita Md Noor melalui facebook Dotty Latiff...

Monday, September 17, 2012

iPhone 5s Price in Malaysia

Harga iPhone 5 di Malaysia?



Unlocked iPhone 5 Price: $649 (16GB), $749 (32GB) and $849 (64GB).
With a two-year contract, iphone 5  Price: $199 (16GB), $299 (32GB) and $399 (64GB).
Canada
iPhone 5 Price: C$699 (16GB), C$799 (32GB) and C$899 (64GB).
United Kingdom
iPhone 5 Price: £529 (16GB), £599 (32GB) and £699 (64GB).

sumber dari http://www.iphone5price.org/

Convert ke duit malaysia (based on UK Price)

iPhone 5
RM 2607  (16GB)
RM 2952  (32GB)
RM3445   (64GB).


Kalau harga contract 2 tahun (yang nie x applicable kat malaysia nih)

RM 981    (16GB)
RM 1473  (32GB)
RM 1966  (64GB).


Humang aih, x termasuk kos cukai dan pengangkutan lagi nie.. huhuhu..Ini baru ANGGARAN HARGA Ajer.. kita tunggu annoucement secara rasmi kat malaysia nanti.. :)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Perbezaan iPhone 5S dan iPhone 4s?


camera
Explicitly less shutter lag 0.24s vs 0.4s 0.16s less shutter lag. How long does the camera need to take a photo without having to focus
Measurably less startup delay 0.84 vs 1.4 0.56 less startup delay
Can create panoramas in-camera Yes vs No Device allows taking multiple photos capturing different parts of the scene and then stitch them together into a single photo.
Significantly more megapixel (photo, front camera) 1.2 vs 0.3 4x more megapixel (photo, front camera)
Has a dedicated camera button Yes vs No A dedicated camera button lets you taking snapshots more easily
Has manual iso Yes vs No This allows to manually set the ISO level.
cpu
Faster CPU clock speed 2x 1.0Ghz vs 2x 0.8Ghz 25% faster CPU clock speed
Notably smaller semiconductor size/newer CPU 32nm vs 45nm 28% smaller semiconductor size/newer CPU
physical
Lots lighter 114.0g vs 140.0g 26.0g lighter
73%
A thing less body volume 55.1cm³ vs 60.6cm³ 9% less body volume
96%
Lotsa thinner 7.6mm vs 9.3mm 1.7mm thinner
97%
os
Has free navigation software Yes vs No Free navigation software with free map data and updates included, no need to buy an dedicated navigation device
recording
Has three microphones Yes vs No Three microphones filter out background noises and improves sound quality better than just one or two microphones.
screen
Significantly higher screen resolution 640 x 1136 px vs 640 x 960 px 19% higher screen resolution
Bigger screen size 4.0" vs 3.5" 14% bigger screen size
connectivity
Explicitly faster downloads 100.0MBits/s vs 14.4MBits/s 6.9x faster downloads
83%
memory
A deal more RAM memory 1.0GB vs 0.5GB 0.5gb more RAM memory

Comparison from http://versusio.com/en/apple-iphone-5-64gb-vs-apple-iphone-4s-64gb

Image from http://www.itechwhiz.com/2012/09/iphone5-vs-4s-features-specs-price-comparison.html

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

iOS 6

iOS 6 gives you more features to make the things you do every day even better. It’s free and easy to upgrade wirelessly on your iPhone, iPad, or iPod touch.

Berapa Angaran Bulanan Untuk Sebuah Kereta Baru?

Salam semua..

Rasanya masa sekarang ni, bagi mereka yang kurang merancang perbelanjaan, mesti tertunggu tunggu hujung bulan atau pun bila la gaji nak masuk.. Tapi cerita saya hari ini adalah mengenai kereta. Kereta mana yang menjadi pilihan kalbu. Sesuai untuk dibaca oleh golongan yang baru nak mula bekerja ataupun mereka yang sedang bercadang menambah kenderaan anda.. Sebagai renungan dan perkongsian bersama..

Bila bercakap mengenai mod pengangkutan, rasanya ramai di antara kita sudah ataupun sedang becadang memiliki kereta. Tapi, adakah kita tahu setakat mana kemampuan kita dalam memiliki kereta? Perkara perkara yang perlu kita pertimbangkan sebelum memiliki kereta adalah seperti berikut:

  1. Bayaran ansuran bulanan
  2. Kos servis setahun @ 3 bulan sekali (Servis Biasa)
  3. Kos insurans / Cukai Jalan
  4. Servis Major / Tayar / Lain2
Biasanya, bila kita sedang mempertimbangkan sama ada kita mampu membeli kereta, kita hanya melihat pada angka ansuran bulanan yang mampu kita bayar. Selain dari itu, kita akan cuba sedaya upaya untuk mengambil tempoh pinjaman terpanjang supaya kita dapat merasakan bahawa pendapatan kita adalah lebih dari mampu untuk memiliki kereta idaman kita.

Saya mencadangkan tempoh yang sesuai untuk membuat perjanjian sewa beli kenderaan adalah diantara 5-7 tahun sahaja. Ini kerana selepas tempoh tersebut, kita akan mula melihat atau mencari kereta lain untuk diguna pakai..

Sebagai Contoh, mari kita lihat dibawah pengiraan berapakah bayaran bulan yang perlu kita sediakan sebenarnya..

Jenis Kereta : Saga FLX 1.3 Executive (M)

Harga Semasa Kenderaan : RM 42, 161

1) Bayaran ansuran bulanan

Pinjaman Sewa Beli = 90% X Harga Semasa Kenderaan (10% adalah downpayment kereta)

Tempoh Pinjaman = 7 Tahun @ 3.00% Faedah Setahun

Ansuran Bulanan :   (Pinjaman Sewa Beli X 3% Faedah X 7 Tahun ) + (Pinjaman Sewa Beli)
                                                                          12 X 7 Tahun


                         =  RM 546.00

2)  Kos servis setahun @ 3 bulan sekali (Servis Biasa)

Kebiasaannya, kos servis biasa adalah merangkumi engine oil (minyak hitam), oil filiter dan kos upah. Jumlah kos keseluruhan servis biasa adalah diantara RM 100 - RM 200 bagi kereta ini (nilai servis adalah bergantung pada jenis minyak dan jenis kereta yang digunakan). Mari kita ambil servis kereta ini pada harga yang paling rendah @ RM 100

Kos servis Biasa = RM 100 x 4 kali setahun (3 bulan sekali)
                          = RM 400.00

3) Kos insurans / Cukai Jalan

Nilai Sum insured = RM 36,000 (Jumlah pinjaman kita adalah RM 37,944.90)

NCD = 25 %

Insurans Premium = RM 861.40

Cukai Jalan = RM 70.00

Jumlah Semua = RM931.40


4) Servis Major / Tayar / Lain2

Untuk Memudahkan semua saya ambil nila Servis Major / Tayar / Lain2 adalah RM 400.00


Kira2 Bermula
Setelah memastikan kesemua perkara di atas telah diambil kira, mari kita lihat apakah nilai yang perlu kita sediakan untuk kereta berikut..

Jumlah peruntukan sebenar bagi menggunakan kenderaan di atas untuk satu tahun :

 RM (546.00 x12 bulan) + RM 400.00 + 931.40 + RM 400.00

= RM 8283.40 / Tahun

= RM 690 / bulan tidak termasuk kos petrol anda :)

Jika anda lihat kos di atas, nilainya adalah 26 % peratus lebih tinggi dari jumlah peruntukan ansuran bulanan kenderaan kita. Kebiasaanya, kita akan mengalami keadaan dimana kita tidak cukup duit / lari budget apabila perkara-perkara di atas tidak diambil kira semasa kita ingin membeli kenderaan.

Jadi, tepuk poket dan rancanglah kewangan anda. Saya harap kita dapat berkongsi di laman ini dan menjadikan kita lebih ber"wang" dimasa hadapan..

p/s: Nak tahu macam mana saya buat kira-kira ni? Meh tengok kalkultor yang saya guna pakai DISINI.




Tabung Ayam Anakku