Nuffnang Ads

Sunday, July 31, 2011

Promotion ~Limited Time Only~ Menangi Hadiah Percuma

Or If You're Good in Promoting Business, why don't You register for free and earn some money Just Like Me. Just Register and Share the Campaign With Your Friends and You might Start earning Just Like Me: U can email me and ask how to do it by leaving your question on the comment area and i'll answer back via email (of course u need to leave ur email to me) once i got time and the answer.
Cash Out For every RM50.00
This is how you earn the rewards
Interested To Participate? 
Join The Biggest Community Now at Says.my and Start Your Earning

Saturday, July 30, 2011

Tips Beli Belah Part 2

Artikel kali ini pendek aje. Sebab hari ini ada kenduri kahwin, pastu aku nak balik kampung. 


Artikel ni aku terasa nak tulis sebab lusa dah nak puasa. Promosi pun dah makin rancak. Jualan sempena Aidilfirti, Jualan sempena hari raya dan yang seangkatan dengannya. Dan aku cuma nak fokuskan kali ini pada syarikat-syarikat yang menjual barangan elektrik dan perabot rumah.


Kalau tengok iklan iklan begini, memang terpengaruh kita dibuatnya. Masakan tidak, Set Sofa yang berharga dalam lingkungan RM2000 -RM7000 boleh dibeli dengan mudah. Dan juga kita dimaklumkan tidak perlu membayar apa-apa sampai tahun depan. Ada juga yang hanya memerlukan kita membayar tidak lebih dari RM200 dan segala peralatan atau perabot ini kita boleh bawa balik rumah. Wah, baiknya hati peniaga-peniaga ini. Kenapa diaorang nie baik sangat? Mereka sayangkan kita atau pun sebab kita yang sayangkan mereka?

Wednesday, July 27, 2011

Pendapatan Dari Perniagaan Sambilan Untuk Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Ramai terpedaya dengan taktik ini

Salam untuk semua. Artikel saya pada hari ini adalah mengenai menguruskan pendapatan sampingan ataupun sambilan sempena sambutan bulan Ramadan dan seterusnya sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menyusul.

Kebanyakkan dari kita semua memilih untuk menjadi peniaga bagi menampung kos sara hidup dan juga kos tambahan bagi sambutan Hari Raya nanti. Pelbagai jenis perniagaan dijalankan, dan sudah pasti yang menjadi pilihan kebanyakkan orang ramai adalah menjual Kuih Raya dan yang seumpamanya seperti kek, kerepek, keropok dan pelbagai lagi. Kesemuanya yang berkaitan dengan bisnes akan dipertimbangkan.

Tidak kurang juga yang memasarkan pakaian samada untuk orang dewasa dan kanak kanak. Bagi mereka yang sudah memulakan kerja sambilan seperti menjadi cikgu tuisyen, menjual barangan kesihatan dan lain-lain lagi, anda juga boleh berkongsi pandangan dan cara bagaimana anda menguruskan/membahagikan masa anda.

Monday, July 25, 2011

Besar Atau Kecil, Yang Mana Lebih Untung?

Hari nie aku nak bercerita pengalaman aku membeli belah.. Topik utamanya adalah saiz barangan yang dijual. sebab barang-barang yang dijual selalunya ada pelbagai size.. Contohnya Milo, ader 500g, 1kg, 2kg.. Cuma persoalannya, yang mana lebih Untung? Adakah packing yang besar atau packing yang kecil dan sedang2 aje.. Aku kupaskan berdasarkan beli belah aku yang baru berlangsung pada Sabtu yang lepas..

Korang selalu pergi shopping atau membeli belah? Pergi sorang-sorang atau pergi dengan partner a.k.a girlpren, bini (muda, tua), mak bapak, anak-anak ataupun dengan kawan-kawan. Aku selalunya membeli belah dengan isteri tercinta sebab kita orang akan tag team (apa yang penting, kerjasama) bila nak beli barang. Isteri ku (isteri tua, yang muda x tau bila lagi) ya amatlah sensitif dan cukup peka bila nak beli barang-barang dapur dan barangan rumah.. Sebab tue bila kitaorang pergi shopping, kita orang suka bawak calculator.. Sebabnya, barangan yang dipek dengan kuantiti yang lebih besar TIDAK SEMESTINYA MENGUNTUNGKAN korang dan aku.. Cuba kita tengok contoh di bawah.

Tuesday, July 19, 2011

Petrol Oh petrol, Minyak Nak Naik Harga

Start hari Jumaat itu hari, aku baru perasan ader satu info di tampal kat stesen minyak yang biasa aku guna.. Di tampal kat setiap tiang, aku risau sebab nampak macam hint minyak petrol nak naik harga lagi..... Tengok gambar kat bawah nie...


Mahalnya harga minyak sekarang nie... Cuma aku tertanya2 apa motif nak tampal benda nie.. Dalam kepala aku cuma ada beberapa perkara ajer..

1. Kerajaan nak bagitau rakyat kena bersyukur sebab kerajaan tanggung subsidi yang banyak untuk rakyatnya.. So, tolong bersyukur (dan mungkin pilihan raya dah dekat)

2. Harga minyak kita murah, harga minyak nak naik lagi..

3. Saje2 nak bagitahu pengguna petrol supaya berjimat cermat sebab kerajaan dah tak larat nak tanggung subsidi..

Apa pandangan korang suma?? Share2 kan la disini...

Monday, July 18, 2011

Berhenti Merokok, Ramadan dan Hari Raya

Lebih kurang 2 minggu lagi, umat Islam di Malaysia akan menyambut Bulan Ramadan Al Mubarak yang mulia. Pelbagai persediaan telah dan sedang dilakukan untuk hari yang mulia ini.. Iklan2 dan lagu raya sudah pun bermula di pasaraya-pasaraya besar walaupun kita belum lagi memulakan puasa. 

Tak kurang juga pakej @ promosi sempena ramadan sedang mula diedarkan seperti pakej berbuka puasa, pakej barangan rumah secara ansuran dan lain2 lagi.. Tapi jika bercerita tentang persiapan raya, saya harap anda semua dapat membaca tentang perancangan hari raya dan kongsikan di sini sebagai pengajaran dan panduan untuk kita semua..

Pada masa yang sama, saya berharap Kementerian Kesihatan akan mengambil peluang sempena Bulan Puasa yang semakin hampir ini untuk membuat promosi "KEMPEN BERHENTI MEROKOK". Sebagaimana lazimnya, waktu ini adalah waktu puncak di mana perokok-perokok tegar akan mula memasang azam dan niat untuk berhenti merokok seterusnya menjalani hidup yang lebih sihat.. Walaibagaimanapun, saya dimaklum bahawa memang ada kempen dijalankan seperti Nafas Baru Sempena Ramadan, tapi kurangnya promosi kepada perokok itu sendiri menyebabkan kempen ini tidak berhasil..

Contoh2 ketagih rokok lebih kurang macam nie laa.. bila tak dapat rokok,

1 ) Kepala pening-pening ( macam nak demam )
2 ) Letih tak bermaya  .
3 ) Mood hilang - segala macam makneka punya mood  !!
4 ) Hidung berayer - keluar dengan sendiri ...macam taik Pit ( Orang Penang
cakap ) Penagih la .
5 ) Akan dapat demam ...sebelum menjadi ok seperti sedia kala !!! 
(kesan ketagih ini, credit to othman_mat_ali)

Saya dapati ramai mereka di luar sana saban tahun mencuba dan terus mencuba untuk menghentikan tabiat buruk ini tetapi gagal.. Jadi, saya berharap agar anda semua dapat berkongsi tips2 dan nasihat ataupun menceritakan pengalaman anda sendiri demi untuk kebaikan kita semua..

Di bawah ini saya sertakan beberapa tips yang diberikan oleh pembaca sebelum ini.. Mungkin anda semua ada tips2 lain yang lebih @ terbukti berkesan yang dapat di kongsikan di sini..

1.     Teknik Berazam Kuat

  • Hisap maksimum 3 batang sahaja sehari bg miggu pertama (selepas terawih, selepas sahur dan selepas berbuka).
  • Pada minggu kedua, maksimum  2 batang sahaja (selepas tarawih dan selepas berbuka).
  • Minggu ketiga 1 batang sahaja (selepas berbuka) dan minggu akhir (0 - 1/2 btg sahaja selepas berbuka).. 3 hari terakhir ramadan , kita berdoa dan berazam lah  supaya tidak akan menghisap rokok lagi..
  • Teknik ini memerlukan keazaman dan kekuatan mental yang tinggi sebab memang senang sangat gagal kalau azam tak cukup

2.     Ada jugak yg nasihat cara ini.. INGAT ROKOK itu HARAM, HISAP ROKOK MACAM HISAP RACUN.. ~ yg pastinya kaum hawa mmg x suka kat bau rokok nie, tp rasa nya cara susah nak menjadik kot.. :)

3.     Ada yang cakap hisap rokok ini bukan sebab ketagihan, tapi sebab tabiat.. So ubah lah tabiat korang dan jangan beli rokok...

Saya akan update lagi kalau ada tips2 terbaru untuk berhenti merokok... Okay..

Friday, July 15, 2011

Kisah Kad Kredit dan Bayaran Minima

Kisah Kad Kredit dan Bayaran Minima

Pada suatu petang yag damai, selepas kita membeli belah dengan aman.. Di sebuah pasaraya terkemuka kita membeli barang2 dapur @ rumah.. Di kauter pembayaran kita berjaya buat magic.. Dengan menggunakan satu kad plastik, semua barang yang kita beli tadi dapat dibawa pulang dengans selamat… Kad Ajaib itu adalah Kad Kredit.. Tada.. Apa yang saya ingin kongsikan adalah kisah kad ajaib ini dan pembantu utamanya.. Jeng2 Bayaran Minima...
Katakan kita ada Hutang Kad Kredit Sebanyak RM 2000..
Berdasarkan kiraan, kita perlukan lebih kurang 44 bulan untuk menghabiskan hutang ini jika hanya membayar bayaran minima kad kredit dan TIDAK MENGGUNAKANNYA LAGI.. Untuk lebih jelas, kita lihat rajah dibawah… 

Thursday, July 14, 2011

Kaya @ Miskin @ Senang @ Susah ~ Kad Kredit

Kad Kredit. Lambang Kekayaan @ Kemiskinan @ Kesenangan @ Kesusahan


Pada pandangan anda, adakah kad kredit melambangkan status kekayaan atau status kemiskinan pemilik kad kredit itu sendiri? Sesetengah orang mengatakan bahawa kad kredit adalah satu keperluan untuk memudahkan urusan seharian dan mengelakkan daripada membawa wang tunai yang banyak (walaupun boleh pakai kad debit). Apa pandangan anda mengenai isu ini.


Berikut adalah sebahagian pandangan dari remaja2 di malaysia yang dapat saya kumpul di youthsays

Wednesday, July 13, 2011

Kaya tak semestinya Senang..

Artikel Ini Saya Dapat Dari Mahligai Groups, January 2010
Kredit to Abg Mat
Sekadar untuk bacaan….
“Perhatikan olehmu sekalian, sesungguhnya perdagangan itu di dunia ini adalah sembilan dari sepuluh pintu rezeki” ( HR Ahmad ).
Kawan aku. Mai besembang dengan aku pasai MLM. Aku terus terang kurang minat sikit MLM ni atas alasan aku sendiri. Tapi aku tak bantah, aku setuju bahawa MLM memang cabang perniagaan. Cuma aku ada alasan tersendiri untuk belum lagi ke arah MLM. Jadi, kawan aku tadini keluarkan hadis kat atas.

Aku sengih.

Aku tanya balik, lagi satu pintu rezeki tu datang dari mana?

Dia jawab, makan gaji la - macam hang!

Aku tanya balik, kalau makan gaji tu satu dalam sepuluh pintu rezeki, habistu orang fakir miskin dan kurang upaya yang pintu rezekinya sepanjang masa mengharapkan duit zakat & fitrah tu… temasuk dalam sembilan tadi ka?

Dia tak sengih, tak masam. Tatau nak jawab camana kot?

Tabung Ayam Anakku