Nuffnang Ads

Friday, August 26, 2011

Cadangan Jadual Perjalanan Balik Kampung Dari Plus 2011

Salam Semua,


Di bawah adalah Jadual Perjalanan Dari Pihak PLUS untuk Pulang Berhari Raya


Jadual Untuk Balik Ke Kampung 2011Nanti 
Nanti aku update lagi.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Jadual balik Lepas Abis Raya

Thursday, August 25, 2011

Berita Baik - Teknik Jana Wang Di Bongkar - Harga RM00.00 (FREE)


Salam Untuk Semua,

Hari nie, cerita pendek ajer..

Agak2 dah berapa lama dah berkecimpung dalam dunia internet? Baru @ lama?

 
Nasib korang memang baik.. Seorang IM ( Internet Marketer) yg Otai sudi kongsi camna dia buat ringgit yang pertama dari Internet.. Dapatkan EBook Dia Secara Percuma.

Download secara FREE disini

Yang Penting, teknik dia simple dah praktikal.. aku dah try (yer laa, ebook free, baca ajer laa dan buat)..

Nak test tengok korang boleh atau tak dapatkan RM10 yang pertama? Tapi ada syarat:
  1. Boleh Baca EBOOK yang diberi Percuma
  2. Tahu pakai internet
  3. Bertindak dengan segera (terutama dapatkan EBook Percuma Ini Dahulu)Ada ciri2 diatas? Download sekarang.. Penat laa nak taip banyak2

Wednesday, August 24, 2011

Tips Balik Kampung Dan Beraya



Kepada sesiapa yang akan balik ke kampung untuk beraya dan juga hendak pergi beraya, sila pastikan:

Pastikan keadaan kenderaan anda selamat digunakan.

Pastikan suis-suis elektrik dirumah anda telah di matikan.

Periksa dapur gas anda sebelum balik ke kampung atau pergi beraya.

Pesan jiran-jiran yang berhampiran, kalau boleh buat pesanan kepada balai polis yang terdekat.

Rehat sebentar jika rasa letih atau mengantuk semasa memandu.

Buka lampu kereta, jika keadaan gelap, hujan lebat atau kabus tebal semasa bailk ke kampung atau pergi beraya.

Tuesday, August 23, 2011

Rancang Perjalanan Balik Kampung

Kepada sesiapa yang nak balik raya nanti, jangan lupa rancang perjalanan anda.. Terutamanya yang nak balik ke Utara. PLUS sekarang tengah upgrade jalan di kawasan sungai perak dari 2-lane bridge ke 3-lane bridge.

Memetik kata-kata CEO PLUS Expressway Tajul Azwa Bani Hashim, dari suratkhabar THE STAR Online.

“Perhaps, they can exit at an earlier interchange in order to avoid the congestion where upgrading work is being carried out,’

Jadi, pastikan anda tahu kawasan mana yang sedang dinaiktaraf walaupun katanya kerja2 naik taraf ini akan siap sebelum Hari Raya Puasa. Kita sebagai pengguna telah digula-gulakan dengan toll rebate sebanyak 20% (rujuk sini) . Tapi kalau tersangkut dalam traffic jem kat atas highway, baik x payah bayar langsung.. betul tak? Hehehe..

Kita nantikan pengumuman dari PLUS mengenai kerja2 naik taraf ini. Oh, dan juga jadual perjalanan balik yang akan dicadangkan oleh PLUS nanti.

Monday, August 22, 2011

Semuanya Tentang Hari Raya - Mood hari Raya Dah Mai


Salam Ramadhan untuk semua. Lepas baca artikel nie, harap2 tinggalkanlah ucapan selamat hari raya anda di ruangan komen..

Hari ini sudah masuk 10 hari terakhir dalam bulan Ramadhan 2011 ini. Ketika ini, kita semakin sibuk dalam menyediakan kelengkapan untuk menyambut hari raya. Segalanya adalah tentang hari raya. Lagu raya, Kad raya (ada lagi ke?), ucapan hari raya, salam perantau, pantun raya dan lain2 lagi. Semuanya akan berkisar tentang selamat hari raya. Tidak kira di facebook atau youtube, subject mengenai hari raya sedang meningkat dengan tinggi.

Namun, selain dari website facebook dan youtube ini, menjelang hari raya pastinya website2 bank seperti cimbclicks, maybank2u, rhb dan lain2 lagi akan menjadi sasaran juga. Tidak lupa juga website Jabatan Akauntan Negara disebabkan oleh bonus raya 2011 baru baru ini.

Syarikat-syarikat yang menyediakan perkhidmatan jualan perabot dan barangan elektrik, semakin rancak dengan promosi hari raya. Lebih lebih lagi bonus 2011 (bonus raya) untuk kakitangan awam sudahpun masuk dengan selamatnya kedalam akaun bank mereka. Nasihat Saya, belilah secara tunai. Jangan beli secara hutang ataupun ansuran mudah, menyusahkan hidup dan menggalakkan kita hidup diluar kemampuan.

Oleh itu saya harap para kakitangan awam yang mendapat durian runtuh ini membelanjakannya dengan secara yang berhemah. Iyelah, jangan nanti selepas pulang ke kota atau kembali bekerja, semuanya masam mencuka kerana sudah “sangap” sebab terlebih berbelanja. Nasihat saya, asingkan dahulu perbelanjaan untuk selepas raya hingga gaji masuk untuk mengelakkan waktu2 sangap kemudian hari.

Selain itu ketika ini, ramai akan mula membuat kuih raya, biskut raya atau membuat makanan untuk berbuka puasa dan sudah tentu resepi kuih raya dari internet pasti menjadi pilihan. Oh, bercakap mengenai resipi ini, anda mungkin ingin berkunjung ke laman web Dapur Tanpa Sempadan di mana terdapat pelbagai koleksi resepi masakan yang boleh kita gunakan untuk hari raya nanti, ataupun sebagai pilahan untuk berbuka ketika bulan puasa ini.

Saturday, August 20, 2011

Mereka Ini Berpuasa Juga, bantulah Mereka!


Salam Untuk Semua,

Selamat berpuasa, hari nie dah masuk hari yang ke 20 kita berpuasa, namun masih ada orang yang terus berpuasa seperti kanak2 di atas.. Bayangkan jika anak kecil di atas adalah anak kita? Alangkah sedihnya..

Saya petik kata2 ini dari blog Dapur Tanpa Sempadan 

"Tiada kata2 yang boleh kita gambarkan....jika manusia gelandangan di negara kita, diberi makan walaupun mereka tidur di kaki lima, tapi kanak2 di Somalia ini...hmm sungguh menderita dan sengsara..mereka mati setiap 6 minit........menyayat hati kan...Untuk itu jika ada tergerak hati anda untuk menyumbang, boleh lah klik sini...mereka sedara seugama kita...Moga jasa baik anda diberkati Allah swt..... Terima kasih pada Ben Ashaari juga...."

Jika kita yang berada di bumi bertuah Malaysia ini tidak bersyukur, lihatlah mereka di luar sana.. Jika kita berhajat x nak berpuasa, lihat lah mereka yang tiada pilihan di sana..

Sedih melihat kanak2 ini yang baru berusia 7 tahun.. terbayang anak saya ketika ini.. Jom kita sama-sama bantu mereka yang memerlukan.. Sempena bulan Ramadan yang mulia ini.. Macam mana kita nak bantu mereka? boleh lah klik sini..

Friday, August 19, 2011

MLM Akan Meletup Tahun 2011

Sebelum korang nak teruskan pembacaan, pada siapa yang nak paham konsep MLM, sila rujuk ke website En. Aidid Mu'addib dulu.. Supaya korang tak terpesong atau tersalah erti dengan entry kali ini.. Hari nie baca surat khabar, terperasan satu iklan.. Seperti dibawah..
Apa yang boleh aku katakan.. bila aku baca, aku terus terpikir Woha!.(ikut style kereta mayat) .. So, lepas nie kalau rasa2 nak bukak MLM, boleh ler cari syarikat nie..

Atau kalau nak lagi baik, buat bisnes secara KONVENSIONAL... x payah la buat MLM-MLM nie.. Pada pandangan aku MLM-SP nie lagi banyak menyusahkan orang dari membantu orang.. Untuk sorang berjaya dalam MLM-SP, berpuluh orang terpaksa kerugian.. Kalau x percaya, pergi la lawat blog En. Aidid Mu'addib, dah banyak sangat di bincangkan disana.. terpulanglah pada korang nak buat macam mana..

Owhh, aku anti-mlm? Owh.. mungkin, tapi kalau ada yang dapat mengikut hukum dan tiada penganiyaan kepada orang bawahan, why not? Cuma persoalannya, ada ker? yang nampak banyak, suma cerita pasal kejayaan pergi luar negara, beli kereta baru, rumah baru, (bini baru).. Suma nak bercerita pasal kejayaan, yang gagal, Kenapa?

Tuesday, August 16, 2011

Tips Bahagikan Bonus Raya Kakitangan Kerajaan 2011



Bonus raya bagi kakitangan kerajaan dah masuk. Agak2 aper yang nak dibuat dengan duit bonus nie yea. Adakah seperti dibawah?

  1. Beli baju raya lebih sikit
  2. Boleh tambah kuih raya
  3. Tukar perabot / barangan elektrik / henpon
  4. Spare buat belanja hari raya
Tak salah nak belanja duit bonus nie, tapi kalau perkara2 dibawah juga termasuk dalam senarai, mungkin lebih manis.. yer laa, bonus nie kira pendapatan di luar jangka.. sepatutnya x termasuk dalam sumber pendapatan.. Mungkin boleh pecah2kan bonus tue macam kat bawah nie.

Petrol Oh petrol, Minyak Nak Naik Harga - Part 2

Post yg lepas (bulan Julai 2011), aku ader cerita pasal info yang di pamer di stesen minyak. Bulan nie, aku tengok dah ader perubahan.. Macam kat  bawah nie.. 



Nampaknya, ada kenaikan harga sebenar minyak sebanyak RM0.02 bagi setiap liter.. Macam x percaya ajer minyak naik harga lagi.. Ini tanda2 aper ek.. Nanti kerajaan nak bagitahu dah tak boleh tampung subsidi minyak, pastu harga kena naik lagi ker? Ohh.. Peritnya kalau minyak naik harga lagi.. 

Ehh.. Lupa pulak, kalau ader siapa2 tahu berapa harga minyak mentah dunia sekarang nie, boleh lah tolong update dalam ruang komen.. nanti saya update dalam post nie.. :) 

P/s: Apsal cam dengar2 minyak turun harga.. dulu2 kalau minyak dunia naik, dengan pantas minyak malaysia naik harga jugak.. hehehe.. tapi kalau minyak turun, harap2 dengan pantas harga minyak malaysia turun jugak.. heheheeh.

Thursday, August 11, 2011

Harga Barang Mentah Vs Harga Pasar Ramadan


Salam Untuk Semua,

Ini adalah sebahagian daripada respon saya apabila diajukan mengenai isu harga makanan & minuman di pasar ramadan yang dikatakan mahal dan tidak berpatutan.. moga kita boleh kongsikan bersama-sama pengalaman dan pandangan anda disini..

Klik Gambar Untuk Besarkan
Respon saya adalah seperti dibawah:-

Kisah Budak Penjual Kuih



Cerita Ini aku dapat dari forum Sahabat Interaktif Malaysia (SIM)

Hari itu selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan..

“Abang nak beli kuih?” katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

Layakkah Anda Pakai Kad Kredit

Berita dulu2. Mungkinkah Sejarah akan berulang?
Salam untuk semua.

Dah lama rasanya saya tak tulis artikel yang agak serius dan berkisar mengenai pengurusan wang. Artikel kali ini adalah untuk menilai sama ada kita layak ataupun tidak untuk memiliki kad kredit. Tapi, sebelum itu, jika ada orang yang bertanya (dalam hati atau dalam kepala anda sendiri), bukankah bank dah mengesahkan bahawa saya layak untuk menggunakan kad kredit, saya ingin maklumkan kepada anda bahawa artikel ini bukan bermaksud dari segi 'kelayakan' anda sebab majoriti yang membaca artikel ini pastinya sudahpun memiliki kad kredit dan hanya tertanya2 sama ada anda sememangnya layak atau tidak.

Mari kita teruskan.

Monday, August 8, 2011

Bonus Setengah Bulan Gaji Dengan Minima RM500 Untuk Kakitangan Awam


Bonus Untuk Kakitangan Awam Sempena Hari Raya 2011
Kerajaan mengumumkan pembayaran bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada semua kakitangan awam sempena Hari Raya ini.
Golongan pesara juga akan dibayar RM500.
Pembayaran akan dibuat pada pertengahan bulan Ogos iaitu sebelum Hari Raya Aidil Fitri.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata  bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Friday, August 5, 2011

KEPALSUAN HADIS KELEBIHAN TARAWIH

Artikel Ini saya dapat daripada Mat Rock dari Respek Groups (Yahoo)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata'ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya. 


Sejak beberapa thn kebelakangan ini satu hadis ttg kelebihan tarawikh pd mlm2 ramadhan telah tersebar dgn meluas sekali. Media-media elektronik, cetak serta media massa turut sama memainkan peranan mrk menyebarkannya dgn harapan semoga mrk dpt saham dlm usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dlm bln yg diberkati itu. Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yg agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yg sebhgn darinya adalah spt berikut : "Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bhw Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dgn fadhilat sembahyang tarawih pd bln Ramadhan antaranya: · Malam Pertama: Keluar dosa-dosa org mukmin pd mlm pertama spt mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala). 
· Malam Keempat: Mendpt pahala sebagaimana pahala org2 yg membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran. 

Thursday, August 4, 2011

Kemalangan Semasa Balik Ke Rumah

Semalam masa on da way nak balik rumah, aku nampak accident dekat laluan LCCT ke KLIA dan Salak Tinggi. Yg accident, sorang abang bawak lori (1 tan kot aku rasa). Kat bawh nie gambar2 kemalangan tue..
Keadaan Lori Terbabit

Bomba sedang mengeluarkan mangsa tersepit
Bomba sedang mengeluarkan mangsa tersepit

Mangsa yang dalam kesakitan di bantu oleh pihak Bomba

Tuesday, August 2, 2011

Buffet Ramadan 2011 - Cari Yang Halal Tau

Masuk ajer ramadan nie, ramai orang dah start search untuk senarai Buffet Ramadan 2011. Almaklumlah, bulan puasa ni bukan selalu, So, memang ramai orang tengah sibuk2 nak cari hotel / tempat terbaik yang boleh offer Buffet Ramadan kali ini.


Namun, dalam kita sibuk2 mencari tempat untuk berbuka puasa atau senarai buffet ramadan 2011 ini, yang paling penting jangan diabaikan. Cuba periksa dahulu samada restoran atau hotel tersebut mendapat pengiktirafan halal ataupun tidak.


Nanti penat2 kita berpuasa, tapi bukak puasa dekat tempat yang tidak halal. 


Dekat bawah nie, adalah hotel2 yang mendapat pengesahan halal bagi kawasan Putrajaya dan Selangor. 

Tabung Ayam Anakku